Hoo-Woon Mara Separuh Akhir Terbuka New Zealand

Posted on

KUALA LUMPUR – Beregu utama wanita negara Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei mara ke separuh akhir Grand Prix Terbuka New Zealand hari ini.

Mereka mengalahkan beregu muda China,  Qiao Shijun/Zhang Shuxian 21-7 dan 21-16 di suku akhir di North Shore Events Centre, Auckland, menurut laman web Persekutuan Badminton Sedunia www.bwfbadminton.com.

Beregu lelaki negara Ong Yew Sin/Teo Ee Yi mendapat tentangan sengit daripada pilihan ketujuh Liao Min Chun/Cheng Heng Su daripada Taiwan sebelum menang 19-21, 21-14 dan 21-16 untuk turut layak ke separuh akhir.

Namun dua lagi wakil Malaysia kalah kepada lawan masing-masing.

Beregu wanita Joyce Choong Wai Chi/Goh Yea Ching membuat persembahan baik namun kalah 30-28, 11-21 dan 20-22 kepada pilihan keempat daripada Jepun, Ayako Sakuramoto/Yukiko Takahata.

Sementara pemain perseorangan wanita Ho Yen Mei pula kalah kepada pilihan kedua daripada Indonesia, Fitriani Fitriani 21-9, 10-21 dan 13-21.

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki dan beregu campuran turut kecundang apabila kalah kepada lawan masing-masing semalam. – BERNAMA

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *