Hidup Perantauan

Posted on

Hidup Perantauan

Aku Hajar dan anak ketiga dari 5 orang beradik. Umur dalam 20-an, masih single dan juga masih belajar di universiti awam.

Aku jenis suka belajar jauh dari rumah, sebab orang kata makin jauh kita belajar makin banyak kita belajar tentang kehidupan, tentang budaya dan tempat orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan gitu. Tapi kadang orang tak faham kenapa kita suka pergi jauh-jauh ni. Tak perlu pergi jauh lah, keluarga aku sendiri. Kalau boleh diorang suruh aku cari tempat belajar/kerja dekat dengan rumah. Jimat semua benda. Tapi aku tak suka, aku suka keluar dari zon selesa. Sebab aku tak nak biasakan diri aku dengan keselesaan. Aku tak nafikan, kalau dekat rumah memang jimat semua benda lagi-lagi dalam zaman kegawatan ekonomi sekarang ni. Tapimacam aku cakap, sampai bila kita nak hidup dekat suasana yang sama je? Maksud aku, dari kecil kita memang dah duduk dekat situ lepastu sampai ke besar bawak ke alam pekerjaan pun dekat situ, macamana kita nak tahu pasal dunia luar. Melalui internet? Boleh, tapi masih tak sama.

Aku ada kakak yang selalu fikir aku menyusahkan mak ayah aku. Mintak duit untuk kesenangan sendiri katanya. Tapi dia tak tahu macamana aku struggle hidup jauh dari keluarga, beli barang keperluan, barang-barang untuk belajar lepastu kadang-kadang aku gunakan duit pinjaman aku sikit untuk berhibur. Ye, aku tahu korang akan bash aku part berhibur. Hari-hari pergi kelas, hadap assignment, lepastu kadang assignment kena reject dengan lecturer tak pun kerja kena copy dengan orang, mestilah kita nak satu hari untuk lepaskan semua tekanan tu kan? Kalau korang tak macamani, tak pelah. Tapi kalau aku jawapannya memang ya. Hujung semester siapa je masih ada lagi duit dalam akaun bank selain mak ayah yang beri sumbangan kan? Kalau korang ada kakak atau abang atau sedara-mara yang baik hati bagi sumbangan tu, memang bersyukurlah. Tapi, aku cuma ada mak ayah. Kakak dan abang aku bukan jenis yang bagi sumbangan. Aku tak pernah mintak, sebab aku tahu jawapan mereka menyakitkan hati. Aku malas nak bermusuh dengan keluarga sendiri sebab wang ni. Jadi, aku mintak mak ayah. Tapi, aku dah janji dengan diri aku yang habis je belajar setahun lagi, aku pilih untuk cari kerja. Sambung belajar ke peringkat seterusnya mungkin dalam option kedua aku. Sebab aku nak cari duit untuk aku ganti duit-duit yang mak ayah aku korbankan. Ye, aku tahu yang aku tak mampu nak balas semua tapi sekurang-kurangnya aku mampu bagi sedikit tiap bulan, kan?

Cakap pasal berjauhan keluarga ni, jangan ditanya berapa banyak air mata aku habiskan bawah bantal, dalam toilet. Rindu dekat keluarga ni tak sama macam rindu dekat boyfriend. Nak balik selalu tapi harga tiket mahal bagi aku untuk ulang-alik. Dan aku masih berpegang dengan prinsip aku yang belajar jauh ni untuk keluar dari zon selesa dan belajar hadapi semua pancaroba gitu. Salah satunya ialah rindu mak ayah tu, ketiadaan duit dan harga tiket bas yang mahal. Nak cerita pasal instagram. Ya, aku pengguna tegar aplikasi instagram dan aku suka share tempat-tempat yang aku lawati. Aku belajar dekat daerah yang memang dikelilingi tempat yang seronok untuk bercuti dan dilawati. Makanya, aku tak lepaskan peluang yang ada. Cukup bulan atau ada masa yang sesuai, aku plan dengan kawan-kawan. Tapidalam masa yang sama ada yang memerhati. Kakak aku. Dia cakap aku berjalan seolah macam orang kaya, bercuti sana-sini. Tapi yang sebenarnya dia tak tahu berapa lama aku dan kawan-kawan plan ke situ, berapa lama aku bercatu makanan, berapa lama aku menabung dan dia tak tahu ke ada student price yang biasanya jauh lebih murah untuk ke mana-mana. Bukan aku main pergi je tanpa plan. Cakap pasal makanan pulak, aku duduk dalam kampus, jadi aku biasanya atau lebih tepat hari-hari kelas aku akan makan apa yang ada dekat cafe. Aku hadap makan benda yang sama hari-hari, sebab itu je yang ada dijual. Tapi lama-lama tekak tak boleh terima, salah ke aku keluar beli makanan dekat luar? Contohnya KFC ke McD atau cafe luar? Bukan hari-hari, kadang seminggu sekali atau dua minggu sekali atau kadang-kadang sebulab sekali. Aku tahu manage duit aku. Tapi kakak aku anggap aku menghabiskan duit untuk berhibur tu hari-hari. Memang aku masukkan gambar yang nampak mewah, tapi sebenarnya itu angle dan filter yang baik je. Harga still dalan range mampu dan tak membazir lagi. Dan kadang aku masukkab gambar lama-lama, sebab aku suka ambil gambar banyak-banyak. Bosan-bosan aku post lah. Sebab aku bukan jenis spam sehari tu berpuluh gambar.

Aku anggap kakak aku tak memahami aku sebab dia tak pernah berjauh dengan keluarga. Aku bersyukur sebenarnya ada kakak aku yang sentiasa ada dengan mak ayah aku, yang jaga mak ayah aku. Tapi dia tak boleh lah nak judge aku sampai macamtu sekali. Aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu aku bukan dari keluarga yang kaya-raya. Sebab tu aku ada cara aku sendiri untuk berhibur. Nak berjalan korang ingat dengan cara selesa ke? Tak, demi untuk berjimat aku dan kawan-kawan biasanya sewa satu kereta dan korang bayangkanlah kereta saga boleh sumbat 7/8 orang satu kereta. Pernah buat? Tak pernah ke? Kami selalu. Nak makan sedap, apa strategi aku? Beli yang lain dari kawan aku dan lepas tu kita tukar-tukar. Merasalah apa yang orang lain makan kan? Aku jenis suka jaga feed Instagram aku, makanya aku pentingkan angle dan filters. Jadi gambar makanan yang aku ambil biasanya nampak cantik dan mahal (kawan yang cakap, bukan puji sendiri) tapi sebenarnya tak pun.

Aku bukan nak merendahkan orang yang tak pernah berjauhan dari keluarga, tapi ini pandangan aku. Kalau korang ada pandangan sendiri silakan komen. Kalau korang berjauhan dari keluarga, siapa yang dekat dengan korang? Mestilah kawan-kawan kan. Jadinya itu sahaja sumber hiburan dan tempat aku bermanja. Nak bermanja dengan kakak dan abang? Memang tak merasalah. Adik-adik? Mereka kecil lagi, masih tak memahami situasi aku. Kadang aku berkecil hati bila kakak aku membandingkan aku dengan dia atau orang lain yang katanya jauh lebih jimat atau tak membazir. Katanya aku terlalu banyak gunakan duit mak ayah. Kalau diberi sejuta sehari pun aku boleh habiskan. Sakitnya hati aku. Bukan sekali dua, tapi selalu. Hati aku sakit, tapi aku diamkan diri je sebab apa yang aku cakap nanti confirm akan di debatkan. Ada saja salah aku. Sampai aku menyampah tengok muka kakak sendiri. Abang? Dia ok, kalau aku mintak apa-apa dia boleh bagi. Tapi pasal duit, aku tak berani mintak. Sebab aku faham dia tak bergaji besar. Jadi aku tak nak kacau hidup dia bab duit. Kan aku dah cakap, sumber wang aku adalah dari mak ayah aku.

Dekat sini aku nak cakap buat kakak-kakak kat luar sana tu, jagalah sikit hati adikmu. Jangan lah main sembarang tuduh adik kau tu membazir lah dengan hanya tengok gambar/video di media sosial. Tak ada orang suka post benda yang tak menarik dan tak cantik. Jangan ingat apa yang kami post itu sama dengan perasaan kami. Jangan ingat kami post video gelak tawa, kakak anggap yang kami sedang berseronok menghabiskan duit mak ayah. Jangan ingat duit pinjaman yang diberikan itu cukup untuk satu semester. Yang diberikan pinjam tak banyak, bukan rm1000 sebulan tapi rm1000 untuk 4 semester. Dengan duit untuk print notes, nak makan, barang keperluan lagi. Dan jangan ingat kami tak menabung. Aku menabung dan aku dah pun habiskan duit tabungan aku untuk aku teruskan hidup. Lepas aku korek, aku takde sumber kewangan lain. Terpaksalah aku mintak mak ayah. Rm100 untuk seminggu itu benda biasa sebab taraf hidup dekat daerah aku tinggi. Air kosong pun dicaj rm0.50. Telur dan nasi pun dicaj rm2.50 belum lagi aku ambil lauk lain. Fahamilah kami. Tanyalah kami apa yang kami hadapi.

Maafkan aku andai ada hati yang terasa. Tapi lama sudah aku pendam perasaan ni. Terima kasih kerana membaca

Hajar

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *