Hidup Orang Macam Aku

Posted on

Hidup Orang Macam Aku

Assalamualaikum & selamat membaca.

Terima kasih sebab sudi terima confession aku. Aku harap cerita aku dapat beritahu korang pasal kehidupan orang yang mempunyai masalah yang sama macam aku.

Aku harap cerita aku ni mewakili sesetengah kelompok manusia di Malaysia ni. Mungkin ada yang lebih teruk lagi dari aku.

Aku ada masalah stress, overthinking, anxiety, depressing, OCD (sikit). Dulu aku macam budak biasa, gembira, periang. Umur aku sekarang 19 tahun dan aku baru sahaja mendaftar di sebuah ipta.

Hubungan aku dengan keluarga amatlah tidak baik. Aku memang tak ngam langsung dengan keluarga sendir, dengan mak ayah sendiri pun aku tak ok, dan aku rasa ni lah punca kepada masalah dalam hidup aku.

Berbalik kepada masalah aku tadi, semuanya jadi semakin buruk masa aku form 4. Masa tu aku tertanya-tanya pasal tuhan. Aku islam. Sejak tu aku jadi makin bengong, macam orang gila isem.

Dan aku rasa start dari sini overthinking aku makin menjadi-jadi. (Act, aku dulu pernah jugak overthinking masa form 1, then ok dan form 4 datang balik).

Aku selalu berfikir pasal konsep penciptaan atas penciptaan, so aku rasa korang faham apa yang aku fikir. Hidup aku makin berterabur. Aku tinggal dekat asrama dan bila malam malam aku pergi dekat tingkat paling atas blok asrama dan berbicara dengan tuhan. Aku mintak tuhan tunjukkan bukti dia wujud sambil aku pandang ke langit. Masa tu ilmu agama aku sangat sikit.

Mungkin tuhan berikan aku persoalan supaya aku cari Dia. Aku tanya ustazah, aku dapat jawapan tapi susah nk yakin. Mind setting aku sangat teruk masa tu.

Aku kadang-kadang boleh jadi terlalu rajin buat tu buat ini. Dan boleh jadi terlalu malas sampai tak buat apa apa. Bagi aku malam waktu aku segar, aku lebih selesa waktu malam. Aku lebih suka tidur sebab aku boleh lupa pasal segala masalah aku.

Dari segi stress , aku pernah berborak dengan orang sampai pening kepala, padahal cakap benda-benda biasa je. Sebab bila berborak dengan orang ,aku selalu perhati riak muka, senang cite aku high expectations bila cakap dengan orang. Means aku nk buat orang tu gelak, kagum, tarik perhatian diorang. Aku memang pendiam, maybe sebab tu aku jadi camtu.

Lagi satu masa aku form 5, masa nak dekat spm aku study gila-gila. Aku study lepas solat subuh dalam pukul 7 sampai pukul 11, aku mandi, makan, solat dan pukul 2 aku study balik sampai pukul asar dalam pukul 5,dan sambung lagi study sampai pukul 6 lebih. Kemudian aku makan mandi solat dan dalam pukul 9 malam aku study sampai pukul 12 malam.

Macam tu lah rutin aku hampir 1 bulan. Waktu study aku selalu sakit kepala, so untuk legakan aku letak minyak angin, dan berkesan. Tapi sekarang aku ada masalah lain pulak. Bila aku nk baca certain-certain perkara terutamanya ilmu, aku selalu pening sebab mind set aku kata kena faham, kena hafal. Pernah aku nk baca article dalam bahasa inggeris, sampai kawan aku kata lambat aku baca, padahal article pendek je.

Aku terlalu risau sampai bila nak membaca pun aku boleh sakit kepala. Bila dah masuk ipta ni lagilah teruk. Walaupun baru start belajar sikit-sikit, aku dah rasa takut dah. Mana tak nya, baru lecture terang sikit aku dah pening. Nasib baik sem 1 ni ada kaitan form 5, selamat sikit. Korang bayangkan, ada certain perkara lecture terang aku tak faham, dan aku cuba untuk fokus untuk fahamkan, aku dah pening, stress

Rasa nak bunuh diri tu pernah je ada, tapi aku tak mampu nak buat.

And the biggest thing in my problem is aku selalu fikir aku akan mati. Aku pernah baca petanda mati, dan yang paling selalu jadi, kaki menggeletar lepas asar. Dari tahun lepas aku asyik dapat petanda ni. Aku tahu ni mungkin mainan perasaan je, tapi you know aku terlalu takut, aku terlalu banyak dosa. Kadang-kadang aku dapat lupakan, tapi dia datang balik.

Aku hantar conffession ni pun sebab aku nak support, komen-komen yang membina. Aku bagitau dekat sini sebab aku dah tak tau nak cerita dekat siapa.

Sekian, terima kasih

X

x

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *