Hidayah intai budak mengaji

Posted on

Jasin: Kagum dan berasa tenang melihat ketekunan sekumpulan kanak-kanak belajar membaca al-Quran setiap malam di sebuah kelas di hadapan rumahnya membuka hati Muhammad Najman Govind Abdullah, 33, untuk mendekati Allah sebelum mengucapkan dua kalimah syahadah pada 9 September 2009.

Muhammad Najman berkata, ketika itu dia sering menantikan kemunculan kumpulan kanak-kanak terbabit, malah perasaan mahu turut serta membaca al-Quran turut membuak-buak.

Dia yang lebih mesra dipanggil Najman berkata, pada mulanya dia mengintai ketekunan kanak-kanak terbabit mengaji menerusi tingkap rumah dan pada masa sama mula mempelajari mengenai Islam daripada rakan yang tinggal bersebelahan rumahnya di Taman Beringin, Batu Berendam.

Menurutnya, dia pernah beberapa kali menyatakan hasrat memeluk Islam kepada ibu angkatnya Zainab Jani, 54, namun wanita itu memintanya memikirkan perkara berkenaan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Katanya, ibu angkatnya memberi tempoh dua bulan kepadanya sebelum diperkenalkan dengan pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Balai Islam, Bukit Palah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *