Hati-hati emel palsu – TNB

Posted on

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan satu emel, kononnya daripada TNB, yang menyatakan penerimanya adalah pemenang wang tunai RM150,000 daripada syarikat itu.

TNB dalam satu kenyataannya hari ini berkata kandungan emel yang sama pernah dihantar sekitar 2015, dan ia adalah emel palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat peribadi.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membalas atau mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak dikenali,” tambah kenyataan itu.

Menurutnya lagi, sebarang maklumat tambahan boleh diperoleh dengan menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454.

— BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *