Harga petrol, diesel turun – KPDNKK

Posted on

KUALA LUMPUR: Harga runcit produk petroleum bagi minggu kelima bermula 27 April turun lima hingga tujuh sen di bawah mekanisme baharu penetapan harga minyak mingguan.

Harga petrol RON95 turun enam sen kepada RM2.21 seliter berbanding RM2.27 minggu lepas; petrol RON97 turun lima sen kepada RM2.49 berbanding RM2.54 seliter minggu lepas; manakala diesel turun tujuh sen kepada RM2.14 berbanding RM2.21 seliter minggu lepas.

Harga baharu petrol dan diesel ini berkuat kuasa jam 12.01 pagi Khamis dan kekal hingga 3 Mei, 2017.

Harga baru itu disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi akaun Twitternya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *