Hampir 300,000 Payung Hilang

Posted on

SEBUAH syarikat yang berpangkalan di Shenzen, China baru-baru ini mengumumkan ia kehilangan sebahagian besar 300,000 payung yang disediakannya sejak ia beroperasi pada April lalu.

Syarikat itu, Sharing E Umbrella, merupakan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat menyewa payung.

Dengan sejumlah deposit, pelanggan boleh menggunakan barangan yang ditawarkan untuk sewaan bagi tempoh tertentu bagi bayaran sehari dan denda sekiranya mereka gagal memulangkan semula pada waktu yang ditetapkan.

Seorang ahli perniagaan dari Shenzen mengasaskan Sharing E Umbrella sejak April lalu, mendapat inspirasi daripad kejayaan perkhidmatan menyewa basikal.

Setakat Jun lalu, perkhidmatan yang ditawarkan beliau beroperasi di 11 bandar utama di China, termasuk Shanghai, Nanjing dan Guangzhou.

“Payung tidak seperti basikal… basikal boleh diletakkan di mana-mana, tetapi payung memerlukan pagar atau tempat untuk menggantungkannya.

Disebabkan itu, ramai pelanggan membawa pulang payung yang disewa ke rumah masing-masing.

Sharing E Umbrella melaporkan kehilangan sebahagian besar 300,000 payungnya. – odditycentral/mStar Online

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *