Halalkan Pasanganmu

Posted on
Halalkan Pasanganmu

Halalkan Pasanganmu

Assalamualaikum. Nama aku Az. Umur 25. Asal dr negeri pantai timur bekerja di selatan. Terima kasih kepada admin andai sudi siarkan tulisan sy ni.

Sempena hari raya ni aku pasti ramai anak2 muda yg seusia aku yg dah mula bekerja pulang ke kampung halaman masing2 berjumpa sanak saudara. Aku pasti juga pertanyaan bila nak kahwin..dh ada calon ke..banyak ditanya oleh makcik2 pakcik2 di kampung. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab tiap kali aku scroll muka buku..selain gambar2 berbaju raya..soal jodoh ni juga rakan2 muka buku aku selalu post. Memang kalau ikut trend masyarakat sekarang..di usia 25 26 27 waktu yg sangat sesuai utk kau membina masjid. Kalau di usia sekarang kau masih tak ada siapa2..kau akan gelabah. Tambah2 lg bila kawan2 seusia kau yg lain post gambar bersama teman istimewa..bersama tunang..bersama pasangan..yg lagi buat hati kau tak tentu arah bila rakan kau bergambar bersama pasangan dan juga anak. Haaa..di situ kau akan mula merasa tekanan perihal jodoh ni.

Wahai lelaki. Halalkan segera pasanganmu. Bila kau dan dia dah berjanji sehidup semati..susah senang sama2..24jam berwatsapp calling2 facetime. Halalkanlah pasangan kau tu cepat2. Sebab kau tak tahu bila hati manusia ni akan berubah. Bercinta bertahun lama pun andai tak diikat dengan tali pernikahan..kau akan kalah juga nanti. Kau akan hilang dia juga nanti. Masa tu kau menyesal tak ada guna dah. Aku dah rasa bro. Memang pedih. Bertambah pedih bila hati dia berubah kerana orang lain. Tak tertahan pedihnya bila orang yg kau sayang tak lagi panggil kau dengan kata manja..bercerita masalah dia..jadikan kau tempat dia luah perasaan..tempat dia bergantung harapan..buat kau rasa dihargai..tinggalkan kau dan gantikan kau dengan lelaki lain. Pedih bro..pedih.

Buat yg belum ada siapa2..dan tengah susah hati kenapa kau belum bertemu jodoh. Tanya lah diri kau. Sebab apa kau nak sangat kahwin. Adakah semata2 nk tutup mulut makcik2 pakcik2 kau atau semata2 nak bergambar bersama pasangan di pagi raya atau hendak menyedapkan hati kau sendiri yg kau bukan seorang yg tak laku atau kau memang betul2 nak susah senang dengan pasangan kau and kau yakin she/he is the one.

Aku cerita berdasarkan pengalaman aku. 7 tahun tak ada makna apa2 andai mak kau tak sarungkan cincin di jari manis dia. 7 tahun kau korban macam2 kau dahulukan diri dia lebih dari diri kau tak ada makna apa2 andai ayat aku terima nikahnya tidak kau lafaz di hadapan tok kadi. Tak ada makna apa2 bro. Tak ada. Useless. Halalkan lah pasangan mu bro..halalkan.

Yg mana tengah mencari tu. Kalau boleh..walau sesunyi mana pun kau. Jangan lah cuba2 ambil hak orang lain. Jangan bina kebahagiaan sendiri atas penderitaan orang lain. Karma itu ada. Kita nak bina masjid. Kita nak masjid yg kita bina tu diiringi doa yang baik2 dr semua orang. Kalau kau pernah rasa kena sailang macam aku. Dan kau tahu betapa pedih rasa kena sailang. Kau akan faham. Lagi2 bila yang kau sailang tu memang niat lelaki tu nak memperisterikan perempuan tu. Tak rasa bersalah ke? Halalkan dia bro. Bukan semua lelaki berpikiran macam aku. Ditakdirkan pasangan kau jumpa dengan lelaki jenis tak kisah sailang orang punya..kau akan kalah bro. Sebab usaha lelaki untuk dapat kan sesuatu lebih hebat dari usaha lelaki bila dah dapat. True story bro. Kau akan kalah. Halalkan pasangan kau.

Ye..memang aku masih single. Ye..memang aku selalu juga kena tanya pasal jodoh ni dengan makcik2 pakcik2 aku walaupun aku seorang lelaki yang mana ramai orang berpendapat..its okay kalau lelaki kahwin lambat. 25 muda lagi bg lelaki kalau nak kahwin pun. Bg aku memang betul pun walaupun housemate seusia aku pun ramai yg dh kahwin dan bakal kahwin tahun ni. Sejujurnya..kalau aku nak kahwin semata2 nak tutup mulut orang dan menyedapkan hati sendiri. By the end of this year aku dh boleh kahwin sebab di tempat aku bekerja ada beberapa beberapa calon yang dah confess kat aku dan hanya menunggu aku masuk meminang je. Tp bg aku sangat tak adil kalau aku terima semata2 nak sedapkan hati dan tutup mulut orang tapi aku tak dapat bagi 100% komitmen kat dia sebab perasaan aku masih tak 100% move on dari sejarah dan memori lama. Sangat tak adil bagi dia.

So..bagi bro2 di luar sana yg dh ada calon pasangan hidup. Tahniah. Aku tumpang gembira. Aku doakan yg baik2 untuk kau. Halalkan dia cepat bro..halalkan. Buat perempuan..permudahkan urusan dia. Andai dia masih xsedar bertapa bertuahnya dia miliki kau. Sedarkan dia..beri dia pengajaran untuk dia sedar. Jangan tinggalkan dia. Jangan dalam diam kau dah cari orang lain. Tp kalau dpt jenis yg tak sedar2 juga. Baik angkat kaki. Bg dia rasa apa itu erti kehilangan dan penyesalan macam yg aku rasa.

Bagi yg belum ada siapa2. Sabar..usaha..doa. Dan tanya diri sendiri betul ke kau dah bersedia nak kahwin. Betul ke kau sanggup susah senang sama2 dengan dia. Betul ke she/he is the one. Walau datang ramai mana yg jauh lebih baik dr dia..hati kau tak akan berubah bila dah kahwin. Betul ke hati kau tak akan berubah bila tahu baik buruk dia nanti. Tanya diri kau..kau boleh cinta dia atau hanya suka dia. Cinta dan suka dua perkara berbeza. Jangan ikut trend. Berkahwin bila dan sedia. Berkahwin bila dah jumpa the right one. Stay single until you meet the right one. Umur dah banyak..takkan nak bercinta mcm zaman sekolah lg. Dont rush into a relationship just because all off your friends has partner and getting married. We are in our own timezone. Our turn will come. Our happines will come. InsyAllah kita akan jumpa pasangan yang terbaik untuk kita pada masa dan waktu yg terbaik.

Untuk bro2 di luar sana. Halalkan lah pasangan mu. Selamat hari raya maaf zahir batin.

Az

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *