Hafidz Roshdi perli peminat tegur tudung isteri singkat sampai tunjuk payudara

Posted on

Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat pada gambar terbabit memang tiada yang pelik. Tetapi seperti biasa ada sahaja peminat yang ‘acah-acah’ mengambil berat. Pun begitu Hafidz terkilan dengan cara individu tersebut menegur penampilan isterinya yang dianggap keterlaluan.

Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan payu dara beliau. Namun cara menegur yang ditunjukkan memang tidak seperti sepatutnya. Tetapi tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat dirakam oleh Hafidz.

Malah lebih kelakarnya lagi, individu tersebut juga turut menyekat Hafidz daripada melihat akaun Instagramnya sejurus selepas memberi ‘ceramah’ di akaun Instagram beliau. Tidak lama kemudian, Hafidz ada memuat naik status memerli tindakan individu terbabit dengan hashtag #tegurcarabaik.

Rata-rata peminat juga turut sama berang dengan tindakan individu tersebut, tetapi ada juga yang menasihati Hafidz supaya tidak terlalu ambil pusing dengan sikap mereka. Siapa yang tidak sayangkan isteri bukan, memang sakit hati kalau ada yang bercakap bukan-bukan mengenai isteri kita.

Sumber: Roti Kaya

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *