Gemuk Sampai Baju Nikah Koyak Masa Majlis Kahwin – Wanita Ini Turunkan Berat Sebanyak 67 KG

Posted on
4 Ogos 2017. 6.38 PM

5

Gaya Hidup

Gemuk Sampai Baju Nikah Koyak Masa Majlis Kahwin – Wanita Ini Turunkan Berat Sebanyak 67 KG
Seorang wanita berkongsi tips untuk mengurangkan berat badan selepas menempuhi pengalaman hitam sebagai individu yang bertubuh gemuk.
 
Menerusi sebuah entri di laman Facebook miliknya, Siti Aminah Borhan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 67 kilogram dalam masa tidak sampai setahun.
 
Pernah mencecah berat badan sebanyak 125 kilogram, Aminah yang kini mempunyai berat badan sebanyak 58 kilogram pernah mengalami memori pahit di majlis pernikahan sendiri.
 
“Faham tak perasaan pergi cari baju, berkenan sangat tapi tak muat? Lepas tu tambah sedih lagi, fitting baju nikah tak muat? Tragik ke tidak? Baju nikah koyak masa nikah? Faham tak susahnya nak kurus? Faham tak saya memang kuat makan? Saya boleh habiskan kek 1.2kg dalam satu masa.
 
“Tapi itulah realiti yang saya lalui. Sebab apa? Sebab saya SANGAT gemuk! Setiap kali lalu sebelah orang mulalah rasa cemburu, cemburu dengan orang lain, cemburu kenapa saya ni tak macam diorang.
 
“Dari kecik nak cari baju pun susah sampai nak buat benda pun susah. Tapi sekarang saya dah berjaya, dah berjaya rasa yakin mcm orang lain. Saya berjaya turunkan 67 kg kurang daripada setahun. Berat dulu 125kg – 58kg.
 
“Nak tahu saya berjaya macam mana, ini saya kongsikan tip and korang boleh follow ok!
DO and DON’T
 
-Cari BIG WHY? Kenapa nak berubah, setiap kali rasa nak berputus asa, fikir balik BIG WHY!
-Set small goal, contoh 3 kg dalam masa seminggu .
-Beginner , boleh buat kalori count
-Katakan tidak kepada minuman manis (membazir kalori, better you eat than you drink your kalori)
-Stop makan makanan berat before 8 pm, boleh amik snack or light food kalau lapar.
-Senaman sekurang-kurangnya 1 jam sehari atau burn 1000 kcal sehari.
-Pastikan pembuangan besar lancar setiap hari.
-Big no to junks food, process food and fast food and aneka sos .
-Kurangkan makanan berminyak, berkuah.
-Jangan takut dengan penimbang, timbang selalu untuk monitor berat dan focus on your goal.
 
Contoh meal plan
-Pagi
Scramble egg 2 yellow 5 white and 2 roti wholemeal
 
-Snack
Green apple
 
-Lunch
Nasi senggengam atau kurang, lauk ayam grill dan ulam-ulaman
 
-Snack
Almond 10bji
 
-Dinner (before 8)
Chicken wrap atau subway (tanpa sos)
 
-Supper
Red apple
 
p/s : minum air kosong banyak.
 
-Contoh set senaman boleh buat
Lari 100 m
Jumping jack 20 kali
Squat 20 kali
High knees 20 (each side)
Lunges 20 (each side)
Ulang benda yg sama 5 set and set timing
 
Kata-kata semangat
-Bukan senang nak berjaya apa-apa kita nak buat perlukan pengorbana, macam itulah jugak perjalanan nak gemuk ke kurus.
-Hargai diri sendiri dan start LOVE YOURSELF, bila kita sayang sesuatu mesti kita ingin buat yang terbaik untuk benda yang kita sayang kan?
-Jangan letakkan pelbagai alasan , tiada siapa yang boleh tolong kita selain diri sendiri.
-Abaikan kata-kata sekeliling yg negative, hanya focus kepada matlamat anda.
-Mulakan sekarang! Never too late .
 
p/s : Bila dah loose weight nak maintain yang paling susah dan ramai yg failed. Ada masa saya share macam mana nak maintainkan berat badan. Good luck.
 
Siapa yang nak berubah mcm saya boleh cuba amalkan tip yang saya kongsikan ni,” tulis Aminah.
 
Perkongsian Aminah di laman Facebook menjadi viral dan sehingga kini, entri tersebut mendapat hampir 22,000 perkongsian serta 6,000 komen.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *