Gelaran Ayahanda Pekida Pun Tipu Juga?

Posted on

SATU demi satu isu terbongkar ekoran kes penipuan perumahan banglo yang diusahakan oleh syarikat DBI Properties yang diusahakan oleh Datuk Boy Iman

Kini, keluar pula satu berita panas mengenai gelaran ayahanda yang dimiliki oleh aktor kacak era 1990-an itu konon daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang dikatakan adalah palsu!

Pengerusi Perhubungan Pekida Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan mengesahkan bahawa pengiktirafan ayahanda yang dimiliki oleh Boy Iman itu adalah tidak sah.

“Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda untuk Pekida. Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan beliau dengan Pekida,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman juga telah rampas pelbagai sijil dimiliki Boy Iman termasuk watikah pelantikan sebagai Ayahanda di Cheras ketika serbuan dilakukan pada Selasa lalu.

Tambah Rohaida lagi ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro, semalam, gelaran ayahanda yang telah digunakan oleh Boy Iman itu diterimanya menerusi sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC).

“Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam Pekida sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden Pekida Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman,” katanya.

Dalam pada itu Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Datuk Abdul Halim Ali menegaskan apa dilakukan oleh Boy Iman itu sudah memalukan bagi individu yang mengakui dirinya berstatus ayahanda.

Namun, Abdul Halim berkata bahawa tindakan penipuan dilakukan oleh Boy Iman itu merupakan bersifat peribadi dan tidak mencerminkan sifat individu seseorang yang berstatus ayahanda secara keseluruhan. -MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *