Gelandangan berkaki satu

Posted on

Kuantan: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib Mohd Radzuan Che Mat, 56, yang bukan saja kehilangan kaki kiri akibat diabetes malah hidup merempat di padang bola di depan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di sini, sejak dua tahun lalu.

Menceritakan nasib malangnya kepada wartawan, Mohd Radzuan berkata, dia kini menjadikan kawasan kerusi pemain di padang itu sebagai tempat tidurnya selepas hilang hala tuju.

Katanya, sejak tidak mampu bekerja dia hidup sebatang kara apabila isterinya menuntut cerai, sekali gus memaksa dia meninggalkan ‘mahligai bahagia’ mereka selama 25 tahun.

“Padang ini jadi ‘rumah’ saya dan tempat berteduh. Pada waktu siang saya keluar dan mengharapkan ehsan orang ramai memberikan makanan dan duit bagi membeli keperluan harian lain,” katanya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *