Geely Sah Tarik Diri Bidaan Terhadap Proton

Posted on

SYARIKAT pengeluar automobil China, Geely dilaporkan telah menarik diri daripada bidaannya untuk memiliki pegangan majoriti dalam Proton.

Memetik laporan South China Morning Post, Presiden Geely, An Conghui menyatakan syarikatnya sah menarik diri daripada perbincangan untuk menjadi rakan strategik Proton.

An enggan mengulas lanjut tentang tindakan itu, namun pengerusi syarikat itu, Li Shufu sebelum ini telah memberi bayangan bahawa Geely, yang disifatkan calon paling popular dalam bidaan tersebut – sedang merancang untuk menarik diri disebabkan Proton masih belum menetapkan pendiriannya terhadap kerjasama itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali enggan mengulas kenyataan yang dikeluarkan Li, seperti memetik laporan Bloomberg sebelum ini.

Geely yang merupakan pemilik jenama kereta Volvo dilaporkan mencatat keuntungan bersih 126% tahun lalu iaitu sebanyak 5.1 bilion yuan (RM3.28 bilion).

Dengan penarikan diri Geely, kini hanya tinggal pengeluar kenderaan kedua terbesar di Eropah, Groupe PSA, yang memiliki jenama Citroen, Peugeot dan DS dilihat berminat untuk membida Proton.

Dalam laporan Bernama baru-baru ini, jika PSA dikatakan berhasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai tapak strategik untuk membangunkan pelbagai jenis model kenderaan bagi pasaran global sekiranya mereka mempunyai pegangan saham dalam Proton Holdings.

Keputusan untuk mencari rakan kongsi untuk Proton untuk mengelakkan kebergantungan syarikat pengeluar kereta nasional dengan kerajaan Malaysia.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan menafikan dakwaan mengatakan Proton Holdings akan menjual 51% pegangan sahamnya kepada syarikat luar.

Beliau mengatakan pihak kerajaan sentiasa mengalu-alukan kerjasama strategik Proton dengan syarikat luar agar ia dapat mengembangkan lagi daya saing Proton dalam pasaran antarabangsa.

Ong turut berkata Proton kini dalam usaha untuk mengenal pasti rakan kongsinya dan akan mewar-warkan hasil kerjasama itu kelak.

Beberapa laporan sebelum ini ada menyebut Renault SA, Volkswagen, AG’s Skoda, Honda Motor Co dan Suzuki Motor Corp turut pernah menyatakan hasrat untuk bergelar rakan strategik Proton. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *