Gaji Warga Asing, 3 Bot Nelayan Tempatan Ditahan

Posted on

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan tiga bot nelayan tempatan kira-kira 10 batu nautika dari selatan Pulau Pangkor, di sini, petang semalam kerana melanggar syarat iaitu menggaji warga asing tanpa kebenaran.

Pengarahnya Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata tiga tekong dan enam awak-awak warga Myanmar ditahan dalam pemeriksaan selama sejam dari  2 petang itu.

“Kesemua kru warga Myanmar yang berumur antara 23 hingga 54 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *