Gadai nyawa

Posted on

“SAYA beranikan diri selamatkan wanita itu sebelum api marak walaupun belum pulih sepenuhnya akibat serangan jantung bulan lalu,” kata Arpah Shawab, 49, peniaga sayur di pasar malam berdekatan Medan Selera Semabok, Melaka Tengah, yang terbakar hari ini.

Menurutnya, wanita itu melecur teruk di bahagian kiri badan dan memintanya membantu mencari anak perempuan yang mengikutinya ke gerai.

Arpah membantu wanita terbabit pulang ke rumah untuk mencari anaknya sebelum dihantar ke hospital oleh ambulans.

Wanita berkenaan, seorang lelaki dan dua kanak-kanak melecur dengan dua daripadanya serius dalam kebakaran kira-kira 6.30 petang yang memusnahkan empat gerai itu.

Saksi kejadian itu, Muhammad Amirul Shamsudin, 22, berkata sebaik mangsa ketiga masuk ke dalam gerai menjual asam pedas dan nasi campur di medan selera itu untuk membantu dua pekerja memeriksa dapur gas, letupan berlaku.

Peniaga pasar malam itu berkata, ketiga-tiga mangsa datang untuk memeriksa aduan kebocoran gas yang dimaklumkan penghuni rumah di belakang gerai terbabit.

Dia berkata, letupan tong gas itu turut mengejutkan lebih 100 pengunjung pasar malam yang terletak hanya beberapa meter dari gerai terbakar

“Sejurus letupan, sayang nampak lelaki terakhir yang masuk paling awal, keluar, diikuti lelaki kedua.

“Mangsa wanita hanya mampu menyelamatkan diri hingga ke muka pintu gerai akibat melecur teruk.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun iaitu rakan anak pekerja yang sedang menunggu di luar gerai, melecur di tangan selepas letupan kedua beberapa minit kemudian,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *