Feeya Diugut, Sebar Gambar Peribadi Jika Ingkar

Posted on

ORANG zaman sekarang ni, mudah saja mahu buat duit. Ugut sana sini, jika mangsanya takut, pasti wang yang banyak akan menjadi milik mereka.

Terkini, penyampai stesen radio Sinar FM yang periang orangnya, Fieya Iskandar telah dikejutkan apabila dia menerima satu e-mel berbaur ugutan daripada penggodam pada Rabu yang lalu.

Feeya yang lebih lebih dikenali sebagai Cik Piah telah mendedahkan bahawa dia diugut supaya membuat pemindahan wang sebanyak RM10 ribu ke dalam satu akaun milik individu dari Indonesia dalam masa 24 jam.

Menurut Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan, e-mel itu mengatakan jika dia tidak berbuat demikian, individu terbabit akan sebar beberapa gambar peribadi Feeya dengan cara godam telefon bimbit
penyampai radio tersebut.

“Saya terkejut bila dapat e-mel pengodam Indonesia yang minta saya pindahkan duit sebanyak RM10 ribu menerusi akaun bitcoin dalam masa 24 jam.

“Kalau tak buat pemindahan itu, dia ugut akan sebarkan gambar peribadi saya
yang dia dapat dengan mengodam telefon bimbit saya,” kata Feeya dipetik daripada mStar Online

Bagi dirinya, tindakan individu tersebut adalah demi untuk mendapatkan kesenangan dengan mudah.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata, dia hanya membiarkan sahaja e-mel tersebut kerana baginya perkara itu
tidak serius namunn, keesokan harinya, dia masih menerima e-mel yang sama.

Tanpa membuang masa, dia telah membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan keluarga.

“Pada mulanya saya tak ambil serius sangat perkara ini dan hanya membiarkan sahaja ugutan tersebut. Tapi keesokkan hari dan waktu yang sama, saya terima lagi e-mel ugutan yang sama.

“Sebabkan risau dengan keselamatan saya terus buat laporan polis dan kini mereka sedang menyiasat kes tersebut,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Feeya telah menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak memberikan sebarang maklumat peribadi mereka kepada pihak sebarangan.

“Saya nasihat agar jangan mudah bagi maklumat peribadi kita kepada orang yang sebarangan. Sebab kita tak tahu apa niat orang itu.

“Sekarang ini macam-macam orang boleh buat sebab nak cepat kaya,” katanya lagi.

Lepas ini jika anda juga menerima nasib yang sama seperti Feeya, jangan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Jangan mudah terperdaya dengan sindiket penipuan seperti ini. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *