Fathia risau ramai heboh

Posted on

Sebaik mengumumkan sudah menemui cinta hatinya, angin mula bertiup kencang yang pelakon Fathia Latiff, 29, mahu mengakhiri hidup solo dalam waktu terdekat.

Pelakon dikenali menerusi drama bersiri Ariana Rose dan Dia Isteri Luar Biasa sebelum ini pernah memberi kenyataan sudah bersedia bergelar isteri.

Dalam pertemuan dengan media sebelum ini, Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff mengatakan temannya Mr. A memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan.

Kenyataan itu mengukuhkan berita mengatakan Fathia menghitung hari dan jika tiada aral, pernikahannya dengan Mr. A dilangsungkan akhir tahun ini.

Perancangan ke arah itu juga kini rancak dibuat sebaik saja majlis pernikahan dan persandingan adiknya dijalankan dalam waktu terdekat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *