Erra pasrah soal cinta

Posted on

Pelakon popular Erra Fazira pasrah dalam soal cinta dan menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Menurut Erra, buat masa sekarang dia mahu memberi fokus kepada apa yang ada di depan mata terutama membabitkan kerjaya dan anak.

“Soal jodoh bukan di tangan saya. Justeru, saya menyerahkan perkara ini kepada Allah. Pada masa sama saya mengikut saja aturan yang ditetapkan.

“Sebagai wanita sudah menjadi fitrah untuk berpasangan tetapi itu bukan urusan saya. Justeru, saya tak mahu menjadikan perkara ini sebagai satu masalah besar. Kalau ada, adalah. Jika tak ada, saya reda,” katanya.

Erra akui dahulu dia terlalu memikirkan teman hidup, namun secara perlahan-lahan dia perlu mengubah persepsi itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *