Eropah diserang

Posted on

BEBERAPA syarikat antarabangsa di Eropah menjadi sasaran serangan siber besar-besaran hari ini yang bermula di Russia dan Ukraine sebelum tersebar ke barat Eropah.

Syarikat perkapalan Denmark, Maersk; syarikat pengiklanan Britain, WPP dan kumpulan perndustrian Perancis, Saint-Gobain dilanda serangan siber namun mereka sudah mengambil langkat bagi mengelak kehilangan data.

Pusat Laporan dan Analisis Switzerland untuk Jaminan Maklumat (MELANI) pula melaporkan serangan siber ‘ransomeware’ yang dikenali sebagai Petya dipercayai kembali semula dan menjejaskan beberapa rangkaian komputer di Ukraine, Russia, England dan India.

“Terdapat petunjuk hari ini bahawa Petya kembali menular dan mengeksploitasi kelemahan ‘Server Message Block’ (SMB),” katanya.

Katanya, setakat ini, ia tidak mempunyai maklumat syarikat di Switzerland yang terjejas namun masih memantau keadaan.

Virus Petya dikenal pasti menjejaskan rangkaian komputer pada 2016.

MESEJ meminta bayaran dilihat pada skrin terminal pembayaran di bank Oschadbank di Ukraine selepas beberapa institusi dilanda serangan siber. FOTO Reuters

Di Ukraine, serangan siber dilaporkan menjejaskan lapangan terbang utama di Kiev menyebabkan penangguhan beberapa penerbangan, kata pengendali lapangan terbang itu, Boryspil.

Kerajaan Ukraine turut berkata, Kementerian Infrastruktur, Perkhidmatan Pos, syarikat telefon terbesar negara itu serta beberapa bank turut diserang virus Petya.

Sementara itu, agensi keselamatan nasional Norway berkata, serangan siber turut sedang berlaku dan menjejaskan syarikat antarabangsa di negara itu.

“Kami mendapati serangan ransomware sedang berlaku. Hanya satu syarikat antarabangsa terjejas di Norway,” kata jurucakap pihak berkuasa itu yang enggan memberi nama syarikat itu.

LAMAN web Maersk yang terjejas akibat serangan siber. FOTO EPA

Virus ransomware menyerang sistem komputer menerusi e-mel yang dikirimkan kepada pengguna.

Sebaik pengguna membuka laman web dalam e-mel itu, virus berkenaan akan terus membuatkan sistem komputer menjalankan kod ransomware.

Virus ransomware kemudiannya akan menyulitkan fail penting dan meminta bayaran tebusan untuk melepaskan semula fail tersebut.

Mei lalu, serangan ‘ransomware’ Wannacry merebak ke kira-kira 150 negara termasuk sekurang-kurangnya 12 kes dikesan di Malaysia.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *