Elfira Dan Sufian Enggan Layan kecaman Netizen Terhadap Majlis Pertunangan Mereka

Posted on
Elfira Dan Sufian Enggan Layan kecaman Netizen Terhadap Majlis Pertunangan Mereka

Punya ramai teman rapat di kalangan artis. (Pic: Mohamad Bakar)

Baru saja melangsungkan pertunangan Jumaat lepas, penyanyi Sufian Suhaimi dan tunangnya, Elfira Loy dikecam netizen.

Ada netizen yang menganggap mereka sebenarnya sudah berkahwin memandangkan majlis yang diadakan dilihat begitu gah. Sekali pandang macam sebuah majlis kahwin. Ditambah pula pasangan ini mendapat tajaan daripada banyak pihak seperti Regalia Weddings, Empayar Bintang, The PisangCheese, Tanjakcrew, Rizman Ruzaini, Frbluelabel, Habib Jewel, Kensapothecary, Kakifoto, CST Production dan banyak lagilah.

Bukan sekadar itu saja, malah majlis di kediaman keluarga pelakon wanita itu turut menyaksikan mereka menyalin dua persalinan pakaian, selain bersanding di atas pelamin yang berhias cantik.

Rancangan asal hanya kecil-kecilan.

Ada yang anggap tak manis duduk bersanding sebelum kahwin dan macam-macam lagilah cakap cakap orang.

Biasalah semua itu. Tapi kedua mereka tak mahu cepat melatah dengan pandangan negatif dan kritikan orang ramai terhadap majlis itu.

Baca Artikel: Daripada Celebrity Crush, Kini Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Selamat Bertunang

“Perancangan dari awal, baik saya dan Elfira, memang kami mahu mengadakan majlis bertunang secara kecil-kecilan, dengan hanya membabitkan insan terdekat seperti keluarga masing-masing serta sanak saudara.

“Tapi umum tahu, Elfira yang lebih dulu menceburi dunia seni, pasti ada ramai yang akan diundang. Termasuk teman artis dan rakan media dijemput. Jadi liputan yang diterima memang cukup meluas.

Syukur majlis bertunang berjalan lancar.

“Majlis itu sendiri nampak grand dan meriah apabila ada banyak pihak sudi bekerjasama. Acara itu akhirnya menjadi lebih besar daripada apa yang dirancang awal,” kata Sufian.

Tambah Sufian, dia tidak melihat kehadirannya selepas acara pertunangan itu sebagai hal pelik.

“Saya ke rumahnya pun selepas majlis pertunangan tamat. Ketika acara bertunang juga, tiada liputan pihak media kerana mereka cuma diundang selepas selesai majlis sebenar.

“Jadi, apabila saya datang kemudian berada di situ, banyak gambar kami berdua yang diambil dan dikongsi oleh pihak media serta tetamu lain yang hadir,” katanya.

Baginya Elfira pula apa yang penting, dia dan Sufian sudah selamat melangsungkan pertunangan.

“Saya sudah selamat bertunang. Syukur Alhamdulillah. Yang cakap tak kisah itu sebenarnya tetap peduli dengan terus menjatuhkan hukuman dan memperkatakan mengenai majlis saya. Biarlah mereka nak kata apa.

Anggap rezeki kurniaan Nya.

“Tak kurang juga pengikut di laman Instagram yang terang-terangan membuat provokasi dengan nada terkejut bertanyakan apakah saya sudah bernikah. Sedangkan sudah terang terang ditulis ia majlis pertunangan,” katanya.

Elfira menambah, dia sebenarnya cukup bertuah kerana dikelilingi tulang belakang dan insan berhati mulia yang ingin bekerjasama serta menaja.

“Apabila saya dikelilingi tulang belakang dan mereka yang ingin bekerjasama, saya beri ruang untuk mereka berkarya. Saya anggap semua itu sebagai rezeki dan hadiah tajaan yang cukup bermakna.

“Ada di antara mereka yang kali pertama saya bekerjasama. Ini juga ruang terbaik untuk jangka masa panjang perniagaan mereka. Saya tak nampak kesalahan di situ pun,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *