El Clasico di Miami

Posted on

Paris: Real Madrid dan Barcelona bertemu pada aksi El Clasico di luar negara manakala Manchester United dan Manchester City berdepan sesama sendiri buat kali pertama di luar Britain ketika kelab ternama dunia cuba mengoptimumkan persiapan pramusim mereka.

Jelajah pramusim semakin penting sejak sedekad lalu ketika pasukan mempromosikan jenama mereka dengan jelas selain cuba memastikan pemain bersedia sebaik mungkin berdepan musim baru.

Asia, Australia dan Amerika Syarikat menjadi destinasi popular bagi kelab utama namun ada kesan lebih penting kunjungan kelab itu yang bukan sekadar bermain bola.

AC Milan dan Borussia Dortmund memulakan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Guangzhou, China, Selasa ini, aksi pertama daripada 19 perlawanan kejohanan pramusim yang menampilkan beberapa kelab ternama Eropah dimainkan di tiga negara.

Kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich kemudian bertemu Arsenal di Shanghai sebelum Gunners berdepan juara Liga Perdana, Chelsea di Beijing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *