Dua wanita maut dalam serangan di stesen kereta api Perancis

Posted on

MARSEILLE: Seorang lelaki bersenjatakan pisau menyerang orang ramai di stesen keretapi Marseille di selatan Perancis pada Ahad.

Dua wanita maut dalam serangan yang dipercayai didalang pengganas.

Penyerang bagaimanapun berjaya ditembak mati anggota tentera bertugas di stesen tersebut.

Menurut media tempatan, saksi kejadian berkata penyerang mengelar leher seorang wanita menggunakan pisau dan menikam seorang lagi wanita di bahagian perut hingga mati.

Operasi anti keganasan segera dilancarkan di sekitar kawasan stesen tersebut.

Motif serangan bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *