Dua pelajar kolej vokasional jadi mangsa buli ‘ingkar’ arahan senior

Posted on

KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak mengikut arahan  pelajar senior dua pelajar sebuah kolej vokasional menjadi mangsa belasahan mereka.

Pelajar yang berusia 16 tahun itu berkata ketika kejadian kira-kira pukul 11.30 malam Isnin itu dia dan rakannya sedang tidur didalam asrama sebelum didatangi sekumpulan pelajar lain.

Menurutnya, kira-kira 20 pelajar senior itu menghampiri katil rakannya lalu memukul dan menumbuknya tanpa henti dengan menggunakan kaki dan tangan.

“Hampir sejam mereka memukul kawan sebilik saya selepas itu mereka turut memukul dan menendang saya dibahagian belakang serta kaki saya.

“Mereka juga mengugut akan melakukan lebih teruk jika menceritakan kejadian ini kepada orang lainkatanya ketika di temui di sini,hari ini.

Akibat pukulan tersebut mangsa pelajar jurusan elektronik itu mengalami kecederaan dan lebam di bahagian belakang badan.

Jelasnya, ketika berada di dalam kelas pagi tadi rakannya itu turut mengadu sakit sebelum salah seorang pelajar memaklumkan kejadian berkenaan kepada sepupu mangsa juga penuntut tingkatan tiga sekolah yang sama.

Katanya, pelajar senior itu juga berkata mereka sombong,tidak mendengar kata dan sebagainya selain sering menyuruhnya mengambil makanan dan minuman.

Terkejut melihat keadaan mangsa sepupunya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak sekolah.

Sementara itu ibu mangsa Sofia Abd Ghani, 43, berkata dia terkejut selepas menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah dan memintanya datang segera ke sekolah anaknya.

Katanya pada mulanya dia menyangkakan anak keempat daripada enam beradik itu melakukan kesalahan yang besar.

“Namun sangka saya meleset selepas penyelia asrama menunjukkan badan anak saya akibat dipukul pelajar yang lain…saya memang terkejut dengan keadaan anak lemah dan tidak bermaya.

“Pihak sekolah meminta ibu bapa berbincang namun saya tetap ingin melaporkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut,”katanya.

Ibu tunggal itu berkata laporan yang dibuat itu bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel berkaitan untuk dibaca :

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *