Dua Maut Kenderaan Bertembung | Siakapkeli

Posted on

SANDAKAN – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan sebuah kereta yang bertembung di simpang Jalan Beluran, di sini pada 4.25 petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Jamalludin berkata dua daripada empat orang yang menaiki kereta yang terlibat dalam kemalangan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi selamat.

Setakat ini, katanya, identiti mereka belum diperoleh.

Menurutnya tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera digegaskan ke lokasi kemalangan sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 4.28 petang dan membantu mengeluarkan dua mangsa yang maut serta tersepit di dalam kereta.

Katanya dua mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Beluran untuk rawatan. – BERNAMA

[embedded content]

Artikel berkaitan untuk dibaca :

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *