Dua kali patah

Posted on

Canberra: Seorang wanita yang patah leher kerana bersin terlalu kuat pada 2011 sekali lagi mengalami kecederaan sama bulan lalu apabila lehernya patah lagi, kali ini kerana ketawa.

Monique Jeffrey yang berasal dari Rose Bay berkata, pada 2011 dia bersin terlalu kuat hingga kepalanya bergerak ke depan mengakibatkan tulang C1 dan C2 lehernya patah.

Keadaan itu menyebabkan Monique terpaksa memakai pendakap leher selama 14 minggu hingga lehernya kembali pulih seperti biasa.

“Doktor berkata, kejadian ini satu kemalangan pelik dan peluang untuk ia berlaku untuk kali kedua adalah mustahil,” katanya.

Bagaimanapun, ramalan itu meleset apabila bulan lalu dia sekali lagi mengalami kecederaan pada lehernya kerana ketawa terlalu kuat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *