Disebalik Tabir Anak Bongsu

Posted on

Disebalik Tabir Anak Bongsu

Terima kasih iium terima confession ni 😀

Assalamualaikum n Selamat sejahtera semua.

Aq perempuan n anak last dari 6 adik beradik so aq nak share tentang anak bongsu based on pengalaman aq sendiri

Ramai yg ingat anak bongsu ni manja,untung banyak apa yg dia nak semua dapat,mak ayah banyak menang kan dia ..
Tapi kadang ramai terlepas pandang peranan anak bongsu dalam keluarga

Anak bongsu ni walaupun manja
Ada masanya dia lebih matang n faham keadaan keluarga. Kalau mak ayah ada masalah na mngadu apa2 dia la jadi pendengar setia..
Bila mai time dia besaq mak ayah dah tua badan pn xberapa kuat macam dulu. Abg kak yang lain masing2 dok jauh , anak bongsu la tempat mak ayah na mnta tolong apa semua. Untung lagi kt situ.bkn stakat dekat dgn mak ayah pahala pn dapat .

Abg2 kak2 kita yg jauh pakat na balik tengok mak ayah tapi xberkesempatan jadi kita yg dekat ni nikmati peluang yg ada.
Yang bagus nya lagi kita dapat belajaq cara hidup dengan org lebih tua. Kadang mak ayah kita or mak pak sedara mesti ada ckp hg nanti kalau dh keja jangan buat macam tu macam ni , hg tengok tu si polan bila dh kawen mcm tu dy jd hg kena amik pengajaran..
Npk dak benda tu kita boleh nilai sendiri kehidupan kita kedepan nak atur macam mna.. Tp kita cuma rancang Kalau dah benda nk jadi tu lain lah, janji dah usaha

Kalau dh bongsu tu bab2 mengasuh tu memang keja kita la tambah siblings pakat balik raya macam sekarang ni.
Kita boleh tengok cara nak jaga anak yg betul macam mana,tengok adik beradik kita yg ajaq anak cara terbaik anak jadi hormat , kalau anak teriak na pujuk bagi dia xmelampau macam mana, kat situ kita dh boleh belajaq sikit2..
N kita sendiri boleh bayangkan dh nak kawen nnti apa yg kita kena hadap..
Selalu nya kalau kak abg balik kg anak bongsu la kena jaga anak sedara , bagi mandi , bagi lena , tengah malam buat susu..
Bonus lg kt kita..

Dari bab kewangan pulak sambil belajaq tu sambil perati la kewangan abg kak kita mcm mana. Cara depa manage , cara depa susun atuq kluaq masuk duit, depa beli Kereta moto rumah semua mcm mna , yg mana cara adk beradik kita dh buat silap jgn buat dh, kita follow cara kewangan yg the best..

Bab sayang kat kak abg ni yg anak bongsu xboleh na zahirkan betapa dia sayang abg kak dia.. Sebab syg nya dy kt abg2 n kak2 dia memang sungguh2..
Sbb tu kalau adk beradik dia kawen dia sedih, dia rasa macam hilang kasih syg abg kak..walhal xpun..

Tapi abg2 kak2 kena faham kadang Adik ni dia nak mengadu bercerita secara privasi dengan abg kak dia ja.. So bagi la ruang, jangan lah bila dah kawen ,kasih syg kt Adik dah makin jauh.. Pandai2 la bahagi elok2..
In shaa Allah ikatan silaturrahim keluarga erat sampai bila2 ..

ams

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *