Dipercayai sering dipukul

Posted on

BUDAK perempuan berusia dua tahun yang dipercayai sering dipukul hingga lebam di kepala dan badan, ditemui mati di bilik sewa keluarganya di Jalan Ros, Segamat, 1 pagi hari ini.

Ketua Polis daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, mangsa ditemui terbaring di dalam bilik sewa oleh ibunya, dipercayai ibu tunggal, 40-an, yang pulang ke bilik selepas keluar minum bersama rakannya.

Menurutnya, sebelum keluar, ibunya yang tiada pekerjaan tetap berpesan kepada anak lelaki berusia 22 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam supaya menjaga kanak-kanak itu.

“Wanita berkenaan terus meminta bantuan penyewa bilik lain yang menghubungi Hospital Segamat.

“Mangsa dikejarkan ke wad kecemasan hospital itu untuk mendapatkan rawatan kecemasan, malangnya doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan turut mendapati mangsa mempunyai kesan bengkak lama dan baru di belakang kepala serta badannya,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Menurutnya, ibu dan abang mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada jam 6 pagi tadi untuk membuat laporan sebelun ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, pihaknya akan mendapatkan perintah reman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat pagi esok.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *