Dipelawa jiran untuk jadi madu rupa2nya dia nak kurangkan rasa cemburu 1st wife keatas diri dia.

Posted on

Dipelawa jiran untuk jadi madu
Slm admin n all.
saya seorang ibu tunggal anak 1. kami cerai sb ex kantoi dgn pompuan lain pastu sy suh dorang kawen lepas kawen malang nasib sy dapat madu perangai mcm hanat. x nak pening2 sy pilih undur diri n now sy selese dgn status sy n sy pun dh tawar hati dgn kaum adam. cuma sy kena tebal telinga sikit dgn jiran2 yg jenis apa tah x tau nk cakap sabo je la.

nk dijadikan cerita ada satu jiran ni baru beberapa bulan je duk appartment ni. dia mualaf dari Indonesia n apa yg menyebabkan dia masuk islam adalah atas sb pengaruh suaminya. tapi dia ni wife no2. awalnya sy x tau pape tapi lepas kami kerap betegur sapa tiap kali sy balek keje dia selalu senyum kat sy. ada satu hari tu kami teserempak masa sama2 buang sampah n dia jemput sy singgah kerumahnya masa tu suaminya x da kat rumah dia cakap dia kesorangan. maka kami pun beborak panjang.

nampak mcm dia dari keluarga berada, lembut je cara dia becakap rupa pun cantik ada iras agnes monica n dia lebih selesa berbahasa inggeris berbanding melayu, masih kaku lidah katanya. siapa sangka dibalik senyuman yg hari2 sy tengok tu tersimpan bathin yg terseksa. dia dh dibuang keluarga sb pindah agama. dia mintak sy jd isteri no3 kepada suaminya. terdiam jap…apa kes…??? dia sakit ke ? No! bukan sb sakit rupa2nya dia nk kurangkan rasa cemburu 1sr wife keatad diri dia.

dia x tahan dgn perangai hipokrit madu dia yg suka fitnah dia mcm2 n cucuk jiran2 supaya x suka kat dia. sb tu dia x pernah kluar rumah sb Ramai yg pandang serong kat dia, dorang termakan hasutan madu dia. mana x nya , bermodalkan imej ustazah, tudung labuh, ayat2 manis lembut memang ramai yg terpedaya. n kalau ada antara jiran kami yg besikap baik kat dia mesti jiran tu akan dianggap musuh oleh madunya.

pendek kata madu tu nk semua org benci kat dia. yg best tu suami dia x tau perangai sebenar isteri 1st sb depan suami 1st wife tu buat elok je. tudung labuh mcm ustazah tp perangai mcm syaitonirojim.aduhh..
sy suh dia bagitau je kat suami perangai madu awak tu. tp dia x nk dia kata takut suami gaduh sgn 1st wife n cerai. dia kata kata kalau sampai suami cerai 1st wife nti org lagi ingat yg dia ni betul2 jahat. lagipun bini 1st tu elok je depan suami, suami bole ke pecaye dgn kata2 dia. tu yg dia diam.
sy faham 1st wife buat mcm tu mungkin sb rasa cemburu yg meluap2 sampai ke tahap dengki. mmg la mana ada pompuan rela berkongsi kan. satu dlm seribu.
tp sy tengok dia ni elok, baik je orgnya, cuma takdir dia jd isteri no2. mcm sy ni la, jodoh x panjang n sy jd janda. tp kalau dulu madu sy baik mcm dia ni mungkin sy x kan cerai dgn suami. nk gelak pun ada sb kami sama2 senasib sama2 dipandang serong oleh org sekeliling. sy pun x faham kenapa status mcm kami ni selalu dipandang serong? mmg ramai janda or 2nd wife yg jahat tapi bukan semua. ya, BUKAN SEMUA. BUKAN

SEMUA okey…. sebab segelintir yg jahat, kami pun kena tampias sekali :'(
dia nk cerai tp dia dimalaysia x de sesapa hanya ada suami, keluarga dh buang dia. lagipun suami dia pernah kata yg Allah sukakan perkahwinan tapi Allah x suka perceraian walaupun ianya x haram. tp ni mungkin ujian dia, mcm org kata lagi dekat diri pd Allah lg berat diuji. sy bole nampak kesungguhan dia nk jadikan sy isteri ke3 suaminya tapi sampai skrg dh dua minggu lebih sy belum beri jawapan.

pekara ni masih dirahsiakan dari suaminya sampai ada keputusan daripd sy. takat ni sy tak ada apapa perasaan terhadap suami dia walaupun sy percaya istilah “CINTA SELEPAS NIKAH”. selain istikharah sy rasa x salah kot sy minta pandangan org ramai kat sni. patutkah sy terima ???

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *