Dilepas dan dibebaskan

Posted on

BEKAS Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, daripada pertuduhan dengan sengaja gagal mengisytiharkan punca perolehannya, empat tahun lalu.

Hakim Sohaini Alias memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Ku, 59, didakwa dengan sengaja gagal mematuhi terma Notis Pendakwa Raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013 di mana dia gagal untuk mengisytiharkan segala punca perolehan dalam Surat Akuan Bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *