Dia yang asas produk, dia cakap mampu menyembuhkan darah tinggi, tengok-tengok, tekanan darah dia sendiri mencanak-canak-netizen

Posted on

Jika betul itulah bacaan tekanan darahnya, saya percaya ia mungkin boleh didiagnos sebagai tekanan darah tinggi. Disarankan agar berjumpa doktor untuk siasatan dan rawatan lanjut. Ironinya, ramai pula agen yang membongak iklankan pamoga boleh bantu dan rawat penyakit darah tinggi serta pelbagai penyakit lain.

Cukup2lah cari duit haram dengan iklan menipu yang konfem haram sebab berunsur penipuan. Nak jual, juallah dengan cara yang betul. Matlamat mencari harta tidak menghalalkan cara yang memperdaya.

Mohon KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan National Pharmaceutical Regulatory Agency – NPRA pantau dan ambil tindakan iklan-iklan sebegini yang berleluasa di alam maya.

Ironic betul. Dia yang asas produk, dia cakap mampu menyembuhkan darah tinggi, tengok-tengok, tekanan darah dia sendiri mencanak-canak.
Kita husnuzon jela, mungkin sebelum gunakan Pamoga tu, tekanan darah dia ialah dalam lingkungan 300/180 mmHg. Who knows, right?
“Ilmu tuhan itu luas” kata mereka.

http://friscomedia.blogspot.com

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *