Di Jepun setiap tahun, kerja lebih masa terlalu lama punca berpuluh-puluh kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri

Posted on

Wartawan politik, Miwa Sado meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada Julai 2013 dan satu inkues memutuskan penyakit itu berpunca daripada kerja berlebihan.

Namun, syarikat penyiaran kebangsaan, NSK hanya mendedahkan punca kematian wartawannya itu kelmarin selepas mendapat tekanan daripada keluarga Miwa.

Kes itu menunjukkan masalah serius kematian akibat terlalu lama bekerja atau dikenali sebagai ‘karoshi’ di Jepun.

Miwa yang berusia 31 tahun ketika itu, ditugaskan membuat liputan pilihan raya perbandaran Tokyo pada Jun 2013 dan satu pilihan raya Parlimen pada bulan seterusnya.

Wanita itu meninggal dunia akibat kegagalan jantung tiga hari selepas pilihan raya Parlimen itu berakhir.

Pendedahan mengenai kematian Miwa itu mengejutkan penduduk Jepun kerana NHK aktif melaporkan kematian berkaitan karoshi di syarikat lain.

Pada 2015, NHK melaporkan kematian seorang wanita muda yang kerja lebih masa lebih 100 jam sebulan di sebuah syarikat pengiklanan.

NHK dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu memantau kerja lebih masa Miwa tetapi mengakui ada bahagian yang perlu diperbaiki.

Pada setiap tahun di Jepun, kerja lebih masa terlalu lama dipercayai punca berpuluh-puluh kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri.

Menurut laporan kerajaan, terdapat 191 kes kematian berkaitan karoshi dilaporkan pada setiap tahun.

Laporan itu juga menunjukkan 7.7 peratus pekerja di Jepun sering bekerja lebih masa lebih 20 jam seminggu.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *