‘Degil kita sebat’

Posted on

Putrajaya: Jangan beri muka! itu amaran tegas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali yang mencadangkan supaya majikan yang menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenakan hukuman maksimum sebatan selain denda RM50,000 serta penjara lima tahun.

Menurutnya, hukuman berat itu mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959 /1963 dianggap setimpal terhadap kesalahan dilakukan.

“JIM akan mencadangkan hukuman berat termasuk sebat ke atas mereka ketika proses pendakwaan dijalankan.

“Ini amaran keras kepada ribuan majikan di negara ini yang masih berdegil mahu menggajikan PATI atau pekerja yang melanggar syarat permit asal,” katanya.

Menurutnya, hukuman sebatan memang sudah lama dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *