Datuk Fazley Dan Datin Azrene Timang Cahaya Mata Perempuan

Posted on
Datuk Fazley Dan Datin Azrene Timang Cahaya Mata Perempuan

Selepas tiga hero, kini lahir seorang heroin. (Pic: Mohamad Bakar)

Akhirnya artis terkenal yang juga selebrity chef, Datuk Fazley Yaakob menimang baby girl selepas memiliki tiga hero sebelum ini.

Alhamdulilah isterinya, Datin Azrene Ahmad selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka itu.

Penyanyi lagu Asmara Ini bagaimanapun mendapat khabar gembira berkenaan dari kejauhan kerana sedang berada di Chennai India atas komitmen kerja.

Dia turut berkongsi kegembiraan itu hari ini di laman Instagram. Namun tidak dinyatakan lengkap butiran kelahiran anaknya itu termasuk bila dan di mana.

Berada di India atas komitmen kerja.

“Saya memanjat kesyukuran kerana isteri selamat bersalin. Lebih indah isteri hadiahkan saya anak perempuan. Sudah lama saya menantikan detik ini kerana selama ini rezeki dapat hero saja.

“Ini kira hadiah terindah buat saya.

“Namun maafkan saya kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai anak kami ini. Apapun, saya tetap akan berkongsi maklumat apabila sudah tiba masanya kelak,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum kehadiran zuriat keempat berkenaan, Pemilik restoran suka sucre yang bernikah dengan Azrene pada 7 November 2006 dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz dan Ahmad Fierudz.

Sementara itu, Fazley kini sedang menjalani rakaman sebagai hos program masakan, Ketuhar Antarabangsa, di negara itu.

Lahirnya seorang puteri.

Dia berada di sana selama 14 hari sejak Ahad lepas.

“Saya amat seronok menjalani penggambaran di sini, bersama 13 cef terkenal yang saling berkongsi pengalaman dan ilmu masakan. Ia memori yang sangat manis buat saya.

“Saya juga sempat berjumpa dengan pelajar jurusan pergigian dari Malaysia yang kini menuntut di Hospital dan Kolej Pergigian Meenakshi Ammal,” katanya yang turut bertindak sebagai pengarah dan cef segmen khas dalam program itu.

Dalam perkembangan lain, anak kelahiran Negeri Sembilan itu juga sedang mempertimbangkan tawaran memegang watak kemunculan khas bagi sebuah filem Tamil yang sedang menjalani penggambaran di sini di samping Mauritius tidak lama lagi.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *