Dari Saiz XXXL Kepada XL, Rahim Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Posted on
Dari Saiz XXXL Kepada XL, Rahim Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Gambar: Malay Mail Online dan Sinar FM

Setelah sebulan lebih Rahim bertungkus lumus menjalani ‘MisiXLRahim’, akhirnya dia berjaya menurunkan ukuran badanya dari XXXL kepada XL. Minggu lalu menyaksikan ‘MisiXLRahim’ telah sampai ke penghujung program di mana pada hari tersebut Rahim telah ditimbang beratnya untuk memastikan dia telah berjaya melaksanakan cabaranya.

Setelah Rahim ditimbang, jelas ternyata penat lelah Rahim sepanjang 5 minggu program tersebut membuahkan hasil apabila Rahim berjaya menurunkan berat sebanyak 22.5kg dan dia juga telah memakai baju bersaiz XL pada hari tersebut menandakan bahawa kini dia muat untuk mengenakan baju bersaiz XL! Tahniah Rahim dari Rojak Daily Kaw.

Rahim bersama dua jurulatihnya, Coach Aminah dan Coach Amirul.

Penutupan program ‘MisiXLRahim’ itu diadakan di No Man’s Land Astro yang telah dihadiri oleh ramai peminat, sahabat dan rakan Rahim bagi memberikan sokongan kepadanya.

Penutupan program ‘MisiXLRahim’ ini dimeriahkan lagi oleh kehadiran beberapa orang celebriti tempatan dan senaman Zumba yang telah diadakan di akhir program. Program ‘MisiXLRahim’ ini telah mendapat banyak sokongan dan perhatian terutamanya dari pihak netizen yang telah memberikan maklum balas yang yang baik berkenaan program ini yang telah berjaya mengubah hidup Rahim kearah kehidupan yang lebih sihat.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *