Dana Anak Malaysia 2050 Antara Manfaat Golongan Muda Berkahwin!

Posted on
Dana Anak Malaysia 2050 Antara Manfaat Golongan Muda Berkahwin!

Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau ADAM50 ini antara yang mencuri tumpuan pada pembentangan Bajet 2018. (Gambar: sarawakiana.net)

Pembentangan bajet negara sememangnya menjadi acara wajib setiap tahun bagi kita rakyat Malaysia. Ia antara pengumuman yang paling dinantikan oleh setiap peringkat umur tidak kira tua atau muda.

Bagi Bajet 2018 kali ini temanya adalah Negaraku Membentuk Masa Depan dan jumlah diperuntukkan adalah RM280.25 billion berbanding RM260.8 billion tahun lalu.

Selain isi rumah berpendapatan rendah, pembentangan bajet kepada golongan muda juga antara yang dinantikan. Sebagai aset masa depan negara, perancangan untuk golongan muda wajar dikhususkan dengan teliti dan menyeluruh.
 
Rojak Daily Skop! senaraikan lima manfaat yang disalurkan kepada golongan muda pada bajet kali ini:
 
1. AMANAH DANA ANAK MALAYSIA 2050 (ADAM50)

Buat julungkalinya bantuan kepada bayi yang lahir pada tahun depan.

Bagi golongan muda yang sudah berkahwin dan telah pun mempunyai anak, insentif terbaru diperkenalkan kerajaan ini antara yang dapat dinikmati. Setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 akan dihadiahkan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham.

Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50.
 
2. TAWARAN BIASISWA, BAUCAR BUKU DITERUSKAN

Sejak tahun 2009 hinggalah kini, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah RM44 billion. Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi boleh memohon biasiswa kerajaan yang disediakan.

Begitu juga, setiap penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250 yang manfaatkan seramai 1.2 juta pelajar.

Bayaran balik pinjaman PTPTN disambung hingga penghujung tahun depan.

Selain itu Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Disember 2018.
 

3. SL1M DITERUSKAN

Penubuhan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah pun melatih sebanyak 139,000 graduan dan ia akan diteruskan dengan peningkatan daripada 5,000 graduan kepada 25,000 perantis pada tahun hadapan.
 
4. PEMILIKAN RUMAH DIRANCAKKAN

Isu pemilikan rumah bagi golongan muda pastinya dibangkitkan setiap kali pembentangan bajet.

Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2 billion. Peruntukkan ini merangkumi Program Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak 17,300 unit,  Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) 210,000 unit, Rumah Mesra Rakyat 3,00 unit, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) 25,000 unit dan beberapa lagi jenis rumah lain.
 
5. BR1M DIMAKSIMUMKAN

Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mungkin  antara yang paling dinantikan golongan muda yang layak. BR1M yang manfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion akan diteruskan menerusi kadar maksimum sehingga RM1,200.

 

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *