Cirit dalam seluar

Posted on

Kuala Lumpur: Tercirit di dalam seluar akibat terlalu takut dan gelabah sebaik ditahan anggota Jabatan Imigresen.

Itu gelagat mencuit hati seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) sebaik ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang di sini, awal pagi semalam.

Suspek lelaki warga Nepal itu antara 203 individu termasuk lapan warga tempatan disyaki penyelia serta majikan yang ditahan selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta menggajikan pekerja asing tanpa permit.

Dalam serbuan bermula jam 11 malam kelmarin hingga 5 pagi semalam, Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu tujuh premis di tiga lokasi membabitkan Dengkil, Damansara dan ibu kota menerusi Op Ikrar.

Pengarah Bahagian Operasinya, Saravana Kumar, berkata, serbuan dilakukan membabitkan kafe, rumah urut, restoran, pusat hiburan, spa, pusat hiburan dan rumah kongsi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *