Cipta Rezeki Sendiri

Posted on

Cipta Rezeki Sendiri

Assalamualaikum wbt admin & pembaca.

Selalu kita dengar ayat untung la rezeki dia.. dah rezeki dia.. kan?

Nama aku Yana. Aku berumur 30 tahun dan sudah mempunyai syarikat frozen food sendiri dalam Malaysia.

Apa yg aku nak cerita ni moga2 menjadi teladan untuk para pembaca.

Dulu masa aku jadi student, aku dikelilingi kawan2 yg bijak pandai, serba boleh malah ada yang memegang jawatan dalam MPP dan kelab-kelab yg lain.

Kawan2 aku ni aktif dan giat berprogram bukan setakat dalam negara, luar negara pun ada. Kalau setakat Acheh, kambodia, thailand tu petik jari je diorang dah pernah pergi.

Aku pulak, selaku kawan yg biasa2 je selalu tinggal sorang dlm kuliah bila diorg ada program. Bukan setakat tu, diorg ni selalu dean list, aku ni dah la tak aktif, dean list pun tidak. Haha.

Ada sekali ni aku ada join program yang satu Malaysia compete, tu pun kawan-kawan aku ni la yg bagitau pasal program tu dan banyak kali pujuk aku masuk. Aku pun masuk la, tahu-tahu je aku punya nama shortlisted.

Then, ikutkan aku dapat pergi Australia disebabkan program tu. Aku punya excited bukan kepalang la sebab tak pernah kan. Siap beli baju sejuk tebal mahal2 tu lagi nak pergi Aussie.

Sekali, seminggu sebelum tarikh pergi, dapat berita yg kerajaan cut off bajet, so ramai yg tak dapat pergi termasuk aku.

Huhu mmg menangis dlm diam la jawabnya. Kecewa sangat sebab I was sooooo hopeful! Tak adil sangat tiba turn aku je tak dapat. Fuhhh.

Tapi dari kekecewaan ni lah aku simpan hasrat paling dalam, kalau bukan time belajar tu dapat pergi, make sure habis belajar, before umur 30 tahun aku akan jejak jugak without any sponsor!

Habis study, aku mintk kerja company kecik je, aku grad food technologist so aku apply kerja bahagian proses kt kilang buat Crab Stick yg tak jauh dari rumah aku.

Tengok2 dapat.. gaji, aku pun diploma je kan so memang biasa la 1.3k. Terima je. Takkan nak tunggu kerja gaji lumayan baru nak terima kan. Berjanggut la tunggu pastu poket kering. Perabih beras mak ayah je kat rumah tu kan. Haha.

Kawan2 aku mostly dapat kerja company besar, yg bila sebut nama je dah tahu company apa. Gaji pun starting 1.6k keatas.

Rasa rendah diri la jgk, kt U dah la kita paling noob study, dah keluar pun noob jugak, gaji paling murah haha. Tapi takpe la rezeki masing2 Allah dh tetapkan. Dan yg paling penting bukan income yg kita dapat, tapi cost of living.

Sebab gaji aku kecik, aku fokus nak menyimpan. Selagi boleh OT aku OT. Syukur kilang kerja tu dekat je dari rumah boleh naik basikal je ulang alik. Makan kat kilang ada pantri, kadang2 ubah selera boleh balik rumah. Situ dah save banyak.

Jadi tiap kali gaji aku usik 200-300 je. Yg lain aku bayar ptptn installment, saving dalam tabung haji & bagi mak ayah. Genap 2 tahun aku kerja situ aku dh bayar lump sum hutang ptptn guna saving aku!

Sedangkan kawan2 aku yg gaji besar tu, bukan nak kata apa. Kadang2 sebab diorg cerita apa diorg beli, belanja, dah pokai je update status memang boleh agak la keadaan kewangan dia mcmana.

Bila diorg tanya pasal ptptn aku, aku cakap la dh habis bayar. Terkejut terus diorg. Terus menyesal tak menyimpan sebahagian dari gaji padahal duduk rumah parents jugak, boleh save banyak. Kos pun duit minyak kereta je. Kereta guna kereta bapak. Save lagi la patutnya tak payah bayar bulan-bulan.

Ha, so mcmana still boleh tak cukup tu?

Aku fikir positif. Takpe lah mgkin diorg akan belajar berjimat & urus kewangan lepas ni. Dan aku pulak, masih terus menyimpan.

Sampai la tahun kelima aku dah baaaaaanyak saving. Dah la ptptn settle start tahun ketiga kerja so bayangkan la lapang dia mcmana.

Akhir tahun kelima aku resign. Aku buat sebahagian saving aku jadi modal, buat niaga kecil-kecilan frozen food sendiri. Nugget, crab stick, karipap, piza frozen, aku buat sendiri dan jual.

Start niaga pada jiran2, lecturer, sedara2, then sedap pastu diorg recommend kt org, jadi besar la network dan berkembang. Masa aku niaga kecilan tu kawan2 aku ada yg gelakkan, ada yg galakkan.

Tapi aku tetap tekun dan fokus pada nak berjalan luar Malaysia. Sepanjang niaga memang aku ikat perut, disiplin kat saving je dlm tabung haji.

Sampai umur aku 27 aku dah ada SSM dan start supply kat giant, tesco frozen food aku. Alhamdulillah rezeki mencurah, memang masa nak dapatkn kelulusan supply kt syarikat2 besar ni mencabar tapi aku teruskan jugak, akhirnya dapat.

Sampai umur 29, aku dah bukak kedai frozen food kecik tapi sewa jela. Alhamdulillah keuntungan niaga aku sangat memberansangkan dan aku dah jejak 2 kali ke Australia dan sekali ke China. Hehe.

Kawan-kawan aku still in their life makan gaji dan tak dapat berjalan jauh sangat. Tapi tu lah orang kata, rezeki orang lain-lain. Mungkin sebab Allah tahu diorang takkan buat macamana aku buat skrg, Allah bukak rezeki diorg utk merantau time study.

Utk aku, Allah tahu aku strong-willed dan boleh pergi jauh dengan usaha sendiri, jadi rezeki berjalan time study tu bukan untuk aku. Huhu.

Duit yg aku ada sekarang sangat cukup untuk simpan di masa tua dan sebahagian lagi travel. Tu lah the power of syukur dan cipta rezeki.

There are no such thing as tiada peluang untuk kita. Selagi kita hidup selagi tu la ada je peluang! Antara nak tak nak, dan antara determined dan tak determined je.

So bagi yg suam2 kuku je kat U tu tak payah sedih dulu. Kalau grad cukup makan pun jgn sedih.

Yg penting kerja nanti, urus kewangan elok2, so sebahagiannya boleh kau simpan untuk dimodalkan pada cita-cita kau yg kau tak pernah merasa masa zaman U a.k.a zaman jambu tu. Targetkan bila waktunya kau nak capai.

Apa-apa jela impiannya. Pegang dan fokus untuk kotakan. Jangan hangat-hangat tahi ayam pulak sekejap je bersemangat lepas tu boros balik dan tak tepati matlamat. Nak betul gempak menjadi ni wajib kau disiplin dan sabar.

As for a start, create a dream. Doesnt have to be travel. Semua orang berhak untuk berimpian, kan? Bukan hanya golongan elit!

Goodluck ~

Kak Lang Yana

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *