Cikgu Kelas Sebelah

Posted on

Cikgu Kelas Sebelah

Assalamualaikum to admin and readers. Pertama sekali aku nak cakap terima kasih kepada admin jika confession aku ni dipublishkan. Arigato. (Tunduk sopan)

Sepanjang jadi cikgu ganti daripada dulu sampai sekarang, alhamdulillah sedikit sebanyak dapat la pengalaman yang berharga.

Lepas je habis degree, ni la kerja aku. Makin lama makin minat jadi cikgu, kongsi ilmu dengan bebudak ni. Tapi sayang, KPLI atau DPLI dah takde sekarang kan. Aku pun faham lambakan guru pun dah makin ramai. Membe aku punya membe yang berkelulusan with education pun tunggu 3 tahun baru dapat. Ini nak bagi aku yang kurang pengalaman ni, macam tak adil pula kan. InshaaAllah, aku doakan diri aku sendiri jadi guru untuk anak-anak aku nanti. Heheh.

Sepanjang jadi cikgu ganti ni, aku lihat sendiri
tugas yang diberi kepada guru-guru. Tugas diorang makin tragis. Serious tak tipu. Kesian aku tengok diorang. Takpe cikgu-cikgu. Saya doakan anak-anak murid cikgu takkan lupakan jasa cikgu. Jadi bekalan kat akhirat nanti. Allah je yang dapat balas jasa cikgu-cikgu.

Bila kita kongsi ilmu dengan orang lain, pahala tu akan berterusan walaupun selepas kita dah takde. Tu yang masyuk tu.

Ingat lagi masa tu ada seorang cikgu ni. Cikgu ni memang otai. Kira lama dah dia mengajar kat sekolah tu. Aku perhati je dia ni. Memang garang. Garang sebab apa? Sebab bebudak buat hal lah palagi. Bila bercakap dengan cikgu-cikgu lain, pergh lembut dia tak menahan. Baik weh.

Sebenarnya cikgu ni terpaksa bertegas dengan bebudak ni. Tahu la kan bebudak sekarang perangai macam mana. Ada juga sorang lagi cikgu otai. Otai daripada cikgu tadi. Tapi relaks je mengajar. Tak jerit, tak tengking. Bila bebudak ni buat hal, dia istighfar perlahan. Memang kerja cikgu ni istighfar jela untuk tahan sabar. Aku bebetul terinspirasi.

Walau macam mana pun cikgu-cikgu ni layan bebudak, aku yakin, jauh di sudut hati cikgu-cikgu ni, memang sayang bebudak ni tahap arnab lumba lari.

Sekarang aku nak cerita pasal bebudak pula. Ada sorang budak ni, nakal dia takyah cerita. Aku first time jumpa budak gini. Cikgu mengajar, dia keluar. Lepas tu main pusing-pusing satu sekolah. Dia buat macam sekolah tu sekolah dia lah senang cerita.

Bila sampai masa aku, ingat dapat keluar sana sini ke? Aku pernah tarik dia, angkat dia suruh duduk tempat dia. Mostly, aku suruh dia duduk sebelah aku sebab dia selalu kacau membe sebelah, depan, belakang dia. Alhamdulillah, bila masa aku je, dia mula belajar. Walaupun tulisan dia mashaaAllah. Asalkan dia minat belajar, dah .cukup buat aku bahagia.

Aku syak dia ni memang jenis kurang kasih sayang. Parenting problem ni. Aku follow life dia. Perlahan-lahan, aku tahu yang mak dia tak ambil kisah pasal dia. Kekadang jemput balik sekolah, tapi selalunya tak jemput la. Ayah dia ayah tiri. Selalu pukul dia. Dah la jenis mabuk. Adoi.

Kekadang bila aku free aku hantar dia balik. Bagi duit kat dia padahal aku pun pokai. Peduli apa aku asalkan orang sekeliling aku bahagia.

Ada lagi sorang budak ni. Perlahan-lahan, akhirnya aku tahu yang dia ni anak luar nikah. Masa nenek dia cerita kat aku tu, aku ingat satu-satu. Nenek dia cerita, budak ni memang pandai. Sekali dia bantai masa peperiksaan darjah satu tu, budak lain semua tersungkur. Bijak budak ni.

Sekali, Allah takdirkan ayah dia pergi dulu dari dia. Masa tu dia baru darjah satu. Mak dia pula lari pergi ikut orang lain. Bertimpa ujian budak ni. Dah la kecil lagi. Lepas ayah dia takde, result dia teruk. Memang down budak ni. Sedih weh. Tapi budak ni kuat. Baik pula tu. Dia fight sampai sekarang, tadi aku tengok result dia dah makin masyuk. Alhamdulillah. Aku suruh dia solat sunat dua rakaat.

Nak cerita lagi ni. Okay ni last story untuk confession ni. Part parenting ni, parents tolong la jaga amanah Allah ni elok-elok. Bagi duit banyak mana pun, ingat anak-anak ni perlukan benda tu ke? Diorang nak kasih sayang daripada kita. Bagi diorang kasih sayang, peluk, cium, cakap yang kita sayang diorang. Didikan agama paling penting. Nanti bila diorang sempat besar, jangan pula marah kalau diorang berdendam atau jadi manusia bebukan sebab terpengaruh dengan orang yang bebukan. Part solat tu, didik baik punya. Bila dia hormat Allah, dia akan hormat orang lain, inshaaAllah.

Aku selalu nasihat bebudak ni supaya hormat Allah, ibu bapa, guru-guru, orang yang lebih tua dan orang lain. Walau macam manapun sikap mak ayah, ingat balik siapa yang mengandungkan kita selama 9 bulan, siapa yang jaga kita walaupun sekejap. Tanpa diorang, siapalah kita.

Mak ayah pula selalu complain bebukan. Tolonglah elakkan manjakan sangat anak-anak. Aku bersyukur sangat mak aku tegas dengan aku. So that aku takdelah lahir jadi seorang budak yang terlalu manja dan tak dependable dengan orang lain.

Point penting kat sini, dalam hidup ni, kita kena belajar untuk saling memahami dan menghormati. And, kalau kita rasa kita lah orang yang paling malang kat dunia ni, percayalah, ada orang yang lebih kurang bernasib baik daripada kita ni. Bersyukurlah. Dan jangan sesekali lupa Allah.

Setiap kali kita bangun pagi, ucaplah alhamdulillah dan mulakan dengan bismillah. Aicewah.

Ustajah

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *