Chriss Pratt, Anna Faris Berpisah Lepas 8 Tahun Kahwin

Posted on

PASANGAN suami isteri kegemaran Hollywood, Chris Pratt dan Anna Faris mengumumkan perceraian selepas lapan tahun bersama.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama, semalam (Isnin), Zon Waktu Timur Los Angeles, California.

Pratt dan Faris mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun,Jack Pratt, itu berkata mereka kecewa terpaksa membuat keputusan itu selepas sudah lama berusaha memulihkan hubungan.

Mereka bercinta selepas bertemu di set penggambaran filem komedi Take Me Home Tonight pada 2007. Ketika itu Faris sedang dalam proses menceraikan suami pertamanya, pelakon Ben Indra.

“Anak kami mempunyai ibu bapa yang amat menyayanginya dan kami akan pastikan keputusan ini tidak menjejaskannya. Kami masih saling menyayangi dan menghormati walaupun tidak lagi bersama,” kata kenyataan itu.

Pratt, 38, popular dengan watak Andy dalam siri komedi NBC, Parks and Recreation dan diberi watak utama selepas membintangi filem terkenal, Jurassic World dan Guardians of the Galaxy.

Bagaimanapun, Faris tidak kurang hebatnya kerana pernah membintangi beberapa filem komedi yang mencatat kejayaan besar antaranya tiga sekuel Scary Movie.-MYNEWSHUB.CC
[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *