Cemburu Yang Berkat

Posted on

Cemburu Yang Berkat

Assalamualaikum wbt
Aku pun tak tahu nak start cerita macam mana. Yg pasti, aku sekadar nak meluahkan Aku ada juga ada personal blog. Tapi, sebab ramai yg mengenali aku, rasa mcm segan plak nak luah dlm blog. Huhu Dgn umur aku yg dah lebih 3 dekad ni, ikutkan tak payah nak meluahkan pun takpe kot. Tapi, harap2 apa yg diluahkan oleh aku ni, bolehlah dijadikan pelajaran mahupun pengajaran utk pembaca.

Family aku ni ikutkan kacukan. Sebelah ayah ada macam2 campuran. Haha, aku pun tak sure campuran apa tapi yg pasti anak sulung aku muka macam mat saleh. Aku ni nasib baik hidung benyek so, takde nampak minah saleh tapi more to Chinese look. Sebelah mak aku pulak, bugis & jawa (kiranya rupa banyak kpd melayu asli). Dipendekkan cerita, kami adik-beradik memang agak dikenali di kampung. Sebabnya, rupa ada cute2 & pandai2

Berbalik kepada cerita aku, start aku sekolah tadika (zaman dulu2 tabika kemas jek) budak2 takmo kawan dengan aku. Tapi, aku budak2 lagi so tak tahu apa2 and tak kisahpun ada kawan atau tak. Masuk darjah 1, budak2 sekelas aku semua taknak dekat dgn aku. Kat situ aku da paham perasaan sedih. Sebab sekolah rendah waktu sekolah agak panjang and sangat terasa bila takde kawan2. Sampaikan ada sorg budak tu cakap aku taknak kawan dengan ko sebab mak aku cakap jangan kawan dengan org bukan Islam. Korang rasa apa? Aku sedih sebab kawan2 cakap aku bukan Islam. Nasib baik ada sorg budak tu pun selalu kena buli and takde org nak kawan dengan dia. Kira senasib dengan akulah. Budak tu diaorg panggil ke**** masuk Islam. Kesian dia asyik menangis aje.. Dipendekkan cerita, aku jadi BFF dgn budak tu sampai darjah 3.

Masa darjah 3 aku dah dilantik jadi pengawas sekolah sebab prestasi aku yg agak membanggakan. Dan.. masa umur 9 tahun juga aku da wakil sekolah dalam tilawah Al-Quran (sebab dalam kelas aku sorang yg da khatam Quran masa umur 7thn) dan bercerita dalam BM & English. Dalam masa yg sama, wakil sekolah utk melukis. Bayangkan, aku dapat no 4 ke 5 (dah lupa) kalahkan budak2 tahap 2 masa tu. Diringkaskan cerita lagi, aku TETAP TAKDE KAWAN2 dan BFF aku yg ada tu taknak kawan aku lagi sebab dia cakap dia tak layak jadi kawan aku yg pandai dan cantik. Walau aku pujuk dan tak kisah, dia tetap jauhkan diri.

Kebetulan masa darjah 5 ada cikgu baru mengajar sekolah aku and ada anak sebaya aku (namanya S). Budak tu pun takde kawan sebab budak2 taknak kawan dgn dia S ni kategori XL). So, aku kawanlah dgn dia. Then, darjah 5-6 ada 3 org pengawas perempuan iaitu, aku, S & Z. Disebabkan aktiviti sekolah da banyak, aku, S & Z jadi BFF. Sepanjang jadi BFF ni aku perasan yg brg2 aku selalu hilang. Yg paling best ada barang2 kawan2 sekelas aku hilang tapi aku jumpa dlm beg aku n dlm meja aku. Agaknye, maybe sebab aku pengawas so, budak2 tak berani report cikgu. Lagipun, aku pulangkan balik barang2 tu. Aku juga perasan yg Z ni selalu tarik muka dengan aku. Kadang2 merajuk.

Dijadikan cerita, masa jamuan akhir tahun darjah 6, S panggil aku pergi satu tempat sunyi. Kat situ S nangis2 sambil bagi surat yg dia pegang. Aku terkejut baca surat tu sebab pengakuan Z yang cemburu dengan aku sebab S sayang kat aku. Barang2 aku hilang and kawan2 hilang pun Z punya kerja sebab nak aku kena marah. Tapi, apa yg dia planned tak jadi. Tapi, S juga bagitau yg dia pun taknak kawan aku lagi sebab aku dia dan Z gaduh. Entahlah, zaman kanak2 Aku pun pening bila ada adegan tak kawan.

Masuk sekolah menengah aku ingatkan kes taknak kawan ni da takde (aku tak sama sekolah dgn S & Z). Yelah, da matured kan. Rupanya, sama jek. Tapi, paling best masa sesi pemilihan jadi pengawas ada exam. Ikutkan aku lulus jek exam tu and dari sijil sekolah rendah aku pun cemerlang. Tapi, aku tak dipilih jadi pengawas sebab ada 2 org cikgu perempuan tak suka aku. Yg paling best alasan diaorg aku tak boleh jadi pengawas sebab akan menyebabkan mudarat kerana aku cantik. Aku tahu pun sebab salah seorg cikgu kat sekolah aku tu cerita kat ayah aku.

Emak aku pulak asyik bising and salahkan aku sebab buat hal (sebab jumpa surat cinta dalam beg aku) konon tak dapat jadi pengawas sebab surat. Bukan salah aku pun kalau surat tu ada dalam beg kan. Ayah aku malas nak berbalah dgn emak sebab mak aku ni dia jek nak menang. Kat sekolah menengah aku dipulaukan oleh kebanyakan perempuan. Sedih memang sedih Tapi, dalam masa yg sama aku still lagi wakil sekolah. Kalini up sikit wakil pidato and bahas. So, lagilah glamer kan.

Kejadian yg paling sedih masa di sekolah menengah (aku form 1) ialah cikgu perempuan yg tak suka aku bersetongkol dengan senior pengawas perempuan pulaukan aku. Tiba2 ada spot check utk kelas aku aje masa tu. Yg paling best kat beg sekolah aku jek sorang. Rupanya, diaorg cari surat cinta dari sorang mamat (yang pengawas perempuan tu minat giler) yang nakkan aku. Aduhai, sedih tau menangis aku masa tu. Walau surat tak jumpa tapi cikgu tu siap sampaikan amanat penting utk kawan2 sekelas, jangan bercinta waktu sekolah nanti pelajaran terabai. Siap tunjuk jari kat aku..

Aku started kawan dengan budak2 yg ada masalah. Aku pernah try utk smoking (ikut kawan) tapi sebab aku rasa macam pahit and sesak nafas (kebetulan aku memang tak minum kopi) so, aku tak jadi utk lepaskan tension dengan rokok. Aku ponteng kelas Tudung yg sedikit labuh jadi pendek. Pelajaran aku dah sedikit terabai. Mak aku asyik marah sebab keputusan exam aku teruk. Aku cuba untuk meluahkan perasaan aku tapi, emak aku tak mahu dengar. LAgi aku stress. Time dulu2 smoking and ponteng kelas dah kira sangat jahat ye

Kebetulan kat sekolah aku ada nenek saudara yg ajar subjek English. Nenek aku tu lah tukang menyampaikan apa yg aku buat kat sekolah pada mak aku. Lagi teruk aku kena marah. Walaupun pelajaran ada sikit terabai, aku masih lagi wakil sekolah sebab takde orang yang boleh challenge aku time tu. Aku juga masih duduk dalam kelas no 1.

Perkara ini berlanjutan hingga aku form 3. Cikgu2 sekolah kampung aku sentiasa pulaukan aku. Bayangkan, cikgu psikologi sekolah pun cakap aku macam2. Entah macam mana dapat tittle cikgu psikologi pun tak tahu. Sedangkan ko tak pernah jumpa aku in personal to get my info ke apa ke. Then, PMR aku cukup2 makan. Aku boleh masuk sains tulin tapi sekolah aku takde kelas tu so, kena pindah ke sekolah bandar.

Ingatkan, bila pindah sekolah tamatlah riwayat kes aku. Ada salah seorang cikgu sekolah lama aku bagitau pada cikgu di situ yg aku adalah pelajar yang bermasalah. So, bila pelajar bermasalah datang, sure kena get ready. 1st day registration, cikgu tersebut siap cakap oh, inilah xxxxxx ye. Jangan dah sekolah sini ko buat perangai pulak Malu aku dengan cikgu2 lain and kawan2 lain.

Selama form 4-5 kat sekolah ni agak azab utk aku. Aku dah cuba utk fokus pada pelajaran. Tapi, sebab -ve perception, jeles etc buat aku tak tenang juga di sini. Senior form 6 jeles dengan aku (sebab ada mamat yg dia minat bagi aku surat) siap sound aku depan2 perhimpunan yg aku ni perempuan murahan, ingat muka cantik sangat, gediklah, datang sekolah nak cari jantan aje Adoi, malu tau sebab junior and senior lain ada di situ. Aku nangis dalam diam. FYI, aku kat sekolah sini still takde kawan. Akhirnya, aku kawan dgn budak yg anti aku masa kat sekolah lama (namanya M). M pun amik sains tulin pindah sekolah sama dengan aku. M ni cakap memula dia benci aku and asyik dengar cerita orang pasal perangai aku. Bila dah rapat, baru M tahu aku ni teraniaya. Siap datang tido umah and mmg kami jadi BFF sampai sekarang ni (Alhamdulillah)

Berbalik kepada cerita tadi, saat yg paling sedih ialah satu hari cikgu disiplin 2 (ajar subjek sejarah) masuk mengajar kelas aku. Dia tanye siapa nama xxxxxx? Aku angkat tangan. Tetiba dia cakap:-

Kaulah penyebab semua yang jadi di sekolah ni. Bila aku buat spot check kat beg dengan kocek seluar budak2 lelaki jumpa surat atas nama kau. Vandalism kat dalam toilet ada tulis nama kau besar2. Kau memang bawa bala dan masalah dalam sekolah ni. Kau tak patut duduk sekolah ni.

Allahuakbar Sedih tak terkira aku. M yg duduk di sebelah aku cuba tenangkan aku. Aku memang tak boleh fokus and rasa nak keluar dari kampung tu terus dan berhijrah ke tempat lain. Bila balik rumah, mak aku dapat panggilan telefon sekolah cerita tentang keburukan aku. Aku yg sambil menangis cuba pertahankan diri aku. Tapi, emak always right. Aku terus stress. Aku start kawan dengan budak2 nakal and ponteng kelas lagi. Bila cikgu and emak dapat tahu aku kawan dengan budak2 mcm tu diaorg lagi cakap aku bukan2. Tak pernah nak bagi aku peluang untuk jelaskan setiap perkara. Aku juga pernah cuba bunuh diri dengan amik pisau untuk potong tangan aku. Tapi, masa tu pisau terlepas dari tangan and aku macam tersedar aku buat salah.

Agaknya, Allah memang sayang pada aku (sebelum aku buat perkara yang lebih buruk). Aku terima salam cinta dari sorang mamat ni (husband aku kini). Rupanya, dia tahu semua kisah aku yg tak disukai cikgu2 dan kawan2. Masa aku terima cinta dia pun sebab fikir ayah dia cikgu sekolah aku tu dan jawatan cikgu disiplin 1. So, bila couple dengan anak cikgu ni orang tak berani buat jahat dengan aku. Alhamdulillah, memang betul sangkaan aku. Tiba2 semua cerita buruk ke even cikgu2 pun tak berani cakap aku macam2 lagi.

Cuma, mereka just pertikaikan yg cinta kami adalah cinta monyet. Takkan kekal. Masa kami diijab qabulkan (selepas 10 tahun bercinta dan macam2 halangan ditempuhi), cikgu2 yang menghina aku datang siap minta maaf pada aku.

Semasa bercinta dengan suami aku dulu, family dia sangat supportive. Tak pernah marah2. Emak husband bagi macam2 nasihat mengenai kehidupan di dunia ni penuh dengan liku2 and ujian. Kalau kita redha, Allah akan tunjukkan jalan. Aku sangat terharu sebab ayah and emak aku tak pernah bagi nasihat macam tu pada kau. Tapi, orang luar yang tak kenal aku yang bagi macam2 nasihat tentang kehidupan.

Kesimpulannya, di sini, aku nak sampaikan beberapa perkara:-

1. IbuBapa Tolong dengar luahan isi hati anak2. Tak semua yang kita dengar itu buruk. Mesti ada sebab kenapa anak2 kita berubah perangai. Bagi mereka morale support if, kasih sayang, dan dengar apa yg ingin disampaikan.

2. Cikgu Janganlah jadi ibubapa yang memberi contoh tak baik kepada anak2 ketika di sekolah. Apa yang kamu sampaikan akan disimpan di dalam hati mereka. Cikgu adalah ibubapa anak2 ketika di sekolah dan cikgu perlu telus dalam mengajar anak2 murid. Selidik kenapa pretasi mereka turun naik. Sebab emosi remaja yg membesar adalah berbeza.

3. Kawan Utk pembaca yg bergelar kawan, janganlah bersikap cemburu jika kawan ada mempunyai kelebihan bakat mahupun rupa. Give and take.

Sebenarnya, banyak cerita sambungan aku masa aku masuk U sampai aku kerja. Kes yang sama. Seolahnya, macam da jadi badi untuk aku. Hahaha. Tapi, aku malas nak pikir sebab aku masa tu pikir nak belajar rajin2 and nak kumpul duit utk buat majlis kahwin yang paling meriah (family aku bukan orang senang yer).

Bila da tua2 ni, aku pikir balik, bagus aku ada pengalaman begitu. Sebab, bila da bekerja ni, lagi teruk stress yang kena. Especially from company. You were nothing to them! Boss aku buat mcm2 pada aku pun aku buat bodo aje. Nasihat aku, setiap perkara yang baik dan hati yg ikhlas, Allah akan beri rezeki yg baik di kemudiannya. Alhamdulillah, aku ada yg baik2 kini dalam kehidupan aku

Wassalam

Sakura

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *