Cemburu bukan satu perkara yang boleh di hentikan, ini 3 cara mengatasi suami cemburu

Posted on

Walaupun ramai mengatakan bahawa cemburu adalah tanda cinta, tetapi menghadapi suami yang cemburu berlebihan adalah sangat menyusahkan. Sukar untuk buat kawan dengan sesiapa sahaja dan terbatas untuk bergaul.

Bagaimana cara menangani suami yang cemburu?

Cemburu sudah menjadi lumrah seseorang, kerana takut kehilangan. Oleh itu, membiarkan suami cemburu tanpa menjelasakan perkara sebenar sesuatu perkara yang salah.

Bantu suami kita mengatasi sikap cemburu yang berlebihan dengan cara yang betul. Ini cara untuk mengahadapi suami yang cemburu berlebihan.

1. Jaga adab dan pergaulan kita.

Jujurlah dengan diri sendiri dahulu sebelum meminta suami percaya kita. Ketahui batas pergaulan dengan kawan lelaki tanpa menyebabkan cemburu suami. Seperti terlalu mesra sehingga suami tidak suka, walaupun kita merasakan normal tetapi suami kita merasakan lain.

Jika kita dapat tahu punca suami cemburu, harus dan cuba perbaikinya.

2. Berbicara dengan cara yang lebih baik.

Kebiasaanya suami cemburu dengan melihat telefon, komen di media sosial dan banyak lagi. Sekiranya situasi ini berlaku jangan cepat marah pada suami, haruslah kita bersabar dan cuba menenengkan diri. Berbicara dengan suami secara baik supaya tidak berakhir dengan pergaduhan.

3. Sikap cemburu tidak dapat di hentikan tetapi hanya boleh dikurangkan.

Anda mesti tahu cemburu bukan satu perkara yang boleh di hentikan. Bersikap jujur dan sentiasa memberitahu bahawa sikap cemburunya berlebihan. Bantu dan sokong dia untuk mengurangkan sikap cemburu yang berlebihan. Jadikan dia sentiasa bersikap positif dan terbuka.

Perkahwinan adalah satu ikatan yang membawa ke sepanjang hayat. Suami isteri harus berkerjasama untuk menyelesaikan masalah rumah tangga. Termasuk cemburu.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *