Cekal hadapi ujian

Posted on

Lelaki mana tidak terpikat jika bersua muka dengan dua figura jelita ini. Mereka bukan sahaja dipuja kerana memiliki rupa paras cantik bahkan berbakat besar.

Kemasyhuran yang diraih memungkinkan segala kehendak hidup mampu diisi namun siapa sangka di sebalik silau populariti itu, Nelydia dan Uqasha Senrose sering diuji kisah cinta tidak kesampaian.

Mencari sisi terbaik menghurai rasa hati, Nelydia dan Uqasha sekali pun tidak melatah biar diaju soalan sama berulang kali. Sepak terajang industri seni tanah air menjadikan dua beradik ini matang dan tenang menjawab setiap persoalan.

Nelydia tersenyum apabila ditanya perihal cinta selepas hubungannya dengan seorang insan seni berakhir dua tahun lalu.

Kata Nelydia, takdir dan jodoh adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka dan dirancang oleh manusia. Mengakui tidak serik mahupun fobia untuk bercinta lagi, wanita berusia 22 tahun ini berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *