‘Castello’ jumpa pintu taubat

Posted on

Kudat: Dia pernah menjadi tokan dadah paling terkenal di daerah ini dengan gelaran Carlos atau Castello. Ketika zaman jahiliyahnya, dia hidup mewah dengan pendapatan lumayan menjual dadah mencecah antara RM10,000 hingga RM20,000 sehari.

Selain nama itu, dia turut digelar datuk dalam kalangan rakan kongsinya kerana pengaruh, kuasa, kekayaan di samping digeruni berikutan mempunyai bilangan pengikut yang ramai.

Hidupnya bergelumang dosa apabila sentiasa bergelumang alkohol, dadah dan seks bebas.

Namun, siapa sangka dengan hidayah Allah, Tahir Abdul Manan, 47, yang dulunya tidak pernah mengenal sejadah kini berubah 360 darjah sehingga kini bergelar Penolong Imam di Masjid Imam Salahudin, Kampung Tanah Merah, dekat sini.

Dia turut mengajar kanak-kanak di kampungnya mengaji al-Quran dan memenuhi jemputan bagi berkongsi kisahnya kepada masyarakat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *