Cara Berjaya Dunia Akhirat

Posted on

Cara Berjaya Dunia Akhirat

Saya nak ceritakan pengalaman saya bagaimana untuk berjaya bukan sahaja untuk dunia malah untuk bekalan di akhirat kelak.

Pertama sekali, saya nak intro diri saya terlebih dahulu. Saya seorang student di sekolah menengah dan bukan seorang pelajar target di sekolah tersebut. Namun, telah banyak perubahan yang telah saya lakukan untuk membaiki diri saya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Teacher Z yang telah banyak memberikan panduan untuk berjaya. Saya akan listkan cara untuk berjaya yang Teacher Z beritahu dan ikhtiar saya sendiri.

1- Jaga hubungan dengan Allah. Teacher Z ada beritahu classmates saya, Siapa awak untuk sombong dengan Maha Pencipta awak sendiri. Awak ingat masuk kubur nanti awak nak bawa ke buku Kimia, Biologi dengan Fizik awak tu. Masa tu saya sentap. Benar kata-kata Teacher Z tersebut.

2- Jangan tinggal Al-Quran. Makan nasi 2 pinggan sehari boleh. Tak kan baca Al-Quran dua muka surat setiap hari tak boleh?

3- Jaga pemakanan. Yang ini bagi saya sangat penting. Teacher Z ada suruh kami tinggalkan pemakanan tidak sihat seperti makan maggi, snacks dan minuman karbohidrat. Dan saya telah amalkan dan sudah 4 bulan saya tidak makan makanan tersebut dan hasilnya dapat dilihat.

5- Banyakkan amalan sunnah dan berselawat. Berselawat ni sangat penting. At least berselawat ke atas nabi 11 kali selepas solat. Even ada seorang best student ni, dia amalkan berselawat 1000kali setiap hari dan mendapat 11A+. Alhamdulillah.

6- Jaga hubungan dengan Ibu Bapa. Jangan sakitkan hati mereka. Mereka lah yang membesarkan kita. Sebenarnya berkat Ibu Bapa sangat penting dalam memperoleh kejayaan. Salah seorang senior sekolah saya pun ad beritahu yang faktor dia berjaya ialah kesungguhan Ibu dan Bapanya ketika dia menjalani peperiksaan iaitu membaca yasin atau solat sunat ketika peperiksaan sedang dijalankan (sama ada solat/membaca yasin di rumah atau di tempat kerja).

7- Jaga hubungan dengan Guru. Guru inilah yang mengajar kita, yang memberi ilmu kepada kita tanpa penat lelah. Tapi, kalau ilmu yang diberikan tidak berkat, berjayakah kita?

8- Jaga hubungan dengan rakan. Kalau kawan kita tanya soalan atau suruh ajar, tolonglah mereka. Hasilnya kita sendiri yang peroleh sebenarnya. Ilmu yang kita ajar itu akan lebih mudah diingati.

Setakat ini sahaja perkongsian yang saya ingin berikan. Selepas peperiksaan awal tahun, saya telah mengamalkan amalan ini secara drastik sebenarnya sebab dulu saya jahil, selalu tinggal solat, al-quran memang byebye dah, ibu dengan ayah selalu saya marah dan etc. Alhamdulillah saya memperoleh keputusan yang amat cemerlang pada peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Semua ini berkat dari petunjuk Allah yang ingin Allah beri melalui leteran Teacher Z setiap kali sebelum memulakan pengajaran.

Ingat kawan-kawan (atau pun yang sudah habis belajar pun), tidak ada istilah terlambat. Semua orang boleh berubah. Betul lah, Be Yourself tapi kalau perangai pun entah pah pe, tolonglah berubah. Mungkin kita tak sedar yang ada orang yang sekeliling kita terasa or even Allah sendiri murka terhadap kita.

Maaf kalau penyampaian confession saya ini kurang menarik atau banyak kesalahan bahasa, saya baru budak nak ambil SPM tahun ni. Mohon semua pembaca untuk mendoakan saya yang terbaik untuk Trial SPM pada bulan Ogos nanti dan untuk SPM sebenar pada bulan November nanti. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan Kareem~

-Aiez

Aiez

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *