Buru sampai dapat

Posted on

POLIS tidak takut dengan ugutan yang dibuat oleh ahli kongsi gelap Geng 04 dan akan memburu habis-habisan semua ahli kumpulan itu sehingga ditangkap.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, berkata tindakan dua lelaki ahli Geng 04 membaling bom petrol ke arah pintu pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda satu tindakan yang salah.

Katanya, selain membaling bom petrol, dua lelaki itu juga meninggal kain rentang bersaiz 4 x 2 meter berwarna putih dengan tulisan ugutan dan amaran kepada polis supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan kumpulan itu di mana ia satu ugutan jenayah.

“Polis tidak dapat menerima ugutan itu dan kita juga bukan ‘racist’ seperti didakwa geng terbabit kerana tindakan yang dibuat polis membabitkan semua kaum.

“Hasil siasatan kejadian awal pagi Sabtu, polis sudah mengenal pasti dua suspek terbabit berusia 20 dan 30-an.

“Tindakan memburu mereka sedang dilakukan dan kita (polis) akan buru habis-habisan serta tidak akan biarkan kedua suspek itu lepas,” katanya pada sidang media di IPD Kuala Muda, malam tadi.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid dan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa.

Asri berkata, suspek terbabit diminta menyerah diri sebelum mereka ditahan dan orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

• Baling bom petrol, mesej gertak polis

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *