Bunuh Bekas Suami Dengan Hammer,Wanita Berdepan Hukum Mati

Posted on

Bunuh Bekas Suami Dengan Hammer,Wanita Berdepan Hukum Mati|Tiada lagi yang dapat di ungkapkan oleh Rusminiati 40 lepas pihak polis menetapkan beliau sebagai suspek utama pembunuhan bekas suaminya Dainuri 52 yang berlaku minggu lalu dan di jerat dengan hukuman mati.

Tidak hanya itu, isteri bekas suaminya itu juga turut menjadi mangsa akibat keganasan yang diakukan oleh Rusminiati hingga terpaksa di rawat hospital.
Pihak polis Pulau borneo kalimantan tengah yang menahan Rusminiati tiga hari selepas kejadian mendapati motif pembunuhan adalah akibat dari masalah keluarga.

Katanya mangsa yang berkahwin dengan wanita lain selepas cerai dengan isteri pertama Rusminiati tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anak kandungnya sendiri.

Selain itu,sebelum mereka bercerai Rusminiati mendakwa selama 7 tahun berkeluarga dengan mangsa ia kerap di perlakukan dengan cara kasar dan tidak adil.

Dalam kejadian minggu lalu,Rusminiati berkata ia menatangi rumah mangsa pada jam 23:00 secara senyap senyap,ketika bekas suami dan isterinya tidur ia mematikan lampu bilik dan memukul kepala kedua mangsa menggunakan Martil.

Mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kepala koma sebelum meninggal dunia dua hari kemudian

Sementara isteri kedua bekas suami mengalami luka di bagian kepada kiri dan paha.

Akibat dari perbuatannya itu suspek di jerat dengan hukum tembak mati atas kesalahan membunuh dengan berencana.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *