Bung Moktar Terlupa Zizie Berada Di Jerman

Posted on

KOMITMEN dan kesibukan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkaitan hal rakyat membuatkan beliau hampir terlupa dengan kegiatan harian isterinya, pelakon Zizie Ezette.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zizie mendedahkan sikap pelupa suaminya tentang lokasi dia berada kini walaupun dia sudah memaklumkan perkara itu berulang kali.

Perkongsian perbualan Whatsapp pasangan suami-isteri itu mengundang perhatian netizen yang menganggap ia sebagai lucu dan romantik.

Zizie yang kini sedang bercuti di Jerman bersama anak angkatnya, Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun berkata, dia sudah memberitahu ahli parlimen itu beberapa kali tentang perkara tersebut.

“Perbualan saya dengan suami yang paling sibuk, dia bukan pelupa tapi orang politik ni banyak benda yang dia nak fikir untuk rakyat jadi banyak benda lain yang dia lupa. Jangan lupa bini sudahlah sayang @bungmoktar,” tulisnya.

Perbualan mencuit hati Zizie mendapat perhatian netizen.

Pelakon Hero Seorang Cinderella itu berkahwin dengan Bung, 58, pada Disember 2009.

Zizie kini sedang hamil anak kembar yang memasuki enam bulan.

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen yang menganggap perbualan tersebut sangat mencuit hati.

Rata-rata pengguna laman sosial meminta pelakon itu terus berkongsi mengenai kehidupan rumah tangganya dengan ahli parlimen berkenaan di media sosial.

Kata mereka, hubungan pasangan ini sangat manis dan memberi inspirasi kepada pasangan suami isteri lain.

Sumber: Mstar

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *