Bulat tekad

Posted on

Kelana Jaya: Kecacatan yang dialami tidak menjadi penghalang kepada seorang tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji dengan sempurna selain menjadi pembakar semangat untuk membuktikan tiada sebarang masalah dalam menunaikan rukun Islam kelima itu.

Malah, insan bertuah berkenaan, Umar Abd Rahman, 59, berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan sanggup mengadakan pelbagai latihan fizikal dan mental termasuk mendaki bukit bagi memastikan tiada sebarang masalah sepanjang dia menunaikan ibadah haji nanti.

Umar berkata, kecacatan kaki kanannya yang menyebabkan pergerakannya sedikit terbatas bukan alasan untuk menolak panggilan haji berkenaan.

“Menunaikan haji adalah antara impian saya sebelum menutup mata dan kecacatan tidak akan menjadi masalah kerana ini adalah ketentuan daripada Allah dan kita seharusnya reda dan tidak menganggap ia sebagai masalah.

“Saya sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental malah setiap hari berdoa supaya mendapat haji mabrur dan dimudahkan segala urusan nanti,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *