Bukti Cinta Sanggup Menyamun

Posted on
Bukti Cinta Sanggup Menyamun

Satu pasangan kekasih ditahan polis yang dipercayai terbabit dalam kes samun di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. (Gambar hiasan: pixabay)

Seorang wanita sanggup membantu teman lelakinya menyamun lebih tujuh premis 7-11 di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sejak beberapa minggu lalu kerana cinta.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, wanita tersebut berusia 29 tahun, manakala teman lelakinya berusia 35 dan kedua-dua mereka berlainan kaum.

“Polis menangkap lelaki dan wanita ini pada 15 Mei lalu. Kami setakat ini percaya telah menyelesaikan lima kes samun 7-11 di Port Dickson dan dua di Kuala Lumpur berikutan tangkapan tersebut. Kedua mereka memiliki rekod jenayah lampu melibatkan kes pelacuran dan penyalahgunaan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Muhamad Zaki berkata, kedua pasangan kekasih tersebut ditahan di sebuah taman perumahan di Port Dickson hasil daripada risikan yang dilakukan pihak polis.

Menurutnya, lelaki dan wanita itu ditahan reman sehingga 29 Mei ini untuk membantu siasatan mengikut Sekyen 395 dan 393 Kanun Keseksaan. Dalam pada itu, polis juga merampas sebuah motosikal dan topi keledar daripada kedua suspek yang dipercayai digunakan sewaktu melakukan jenayah.

“Pasangan kekasih ini sudah bersama hampir lima tahun. Lelaki ini baru keluar dari penjara atas kesalahan dadah,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *