Bukan senang nak dapat pinjaman masa belajar, ini antara kemudahan yang kerajaan sediakan

Posted on

Peribahasa “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” memang dah jarang kita dengar sekarang ni. Tapi hakikatnya nak menabung ni bukan satu perkara yang mudah untuk dipupuk kalau tak dilatih sejak dari awal lagi.

Bila dah besar, banyak pula duit nak kena pakai. Lebih-lebih lagi bila nak masuk belajar di Universiti. Mulalah fikir macam mana nak sambung belajar ni.

Mesti korang pun dah tahu macam mana rasa peritnya takda duit bila masuk belajar? Jadi, kita tak nak lah perkara yang sama berlaku pada anak-anak kita nanti kan? Jadi harini admin nak kongsikan sikit pasal satu platform ni iaitu SSPN-i dan SSPN-i-Plus.

Untuk pengetahuan korang, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dah mewujudkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada 2004, dan turut memperkenalkan SSPN-i-Plus pada bulan Jun 2015 untuk menambah manfaat kepada para pendepositnya. Rasanya, korang pon tahu yang sekarang ni kalau nak mohon pinjaman PTPTN memang dah diwajibkan untuk buka akaun SSPN-i.

Kedua-dua produk ini ada keistimewaan yang tersendiri dan korang boleh mula menabung melalui kedua-duanya untuk anak-anak korang seawal umur sehari.

SSPN-i Plus ada menawarkan enam pakej simpanan serendah RM30 sebulan dan maksimum RM500 sebulan bergantung kepada kemampuan korang melalui pakej-pakej Intan (RM30), Delima (RM50), Topas (RM100), Zamrud (RM200), Nilam (RM300) dan Berlian (RM500).

Jadi korang mesti tertanya, apa kebaikan kalau menyimpan dengan SSPN-i Plus ni?

Jom sama-sama kita baca dibawah:-

1- Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan

Untuk warganegara Malaysia yang membayar cukai kepada LHDN. Korang layak membuat tuntutan pelepasan taksiran cukai LHDN dengan nilai maksima sehingga RM12,000.00 setahun.

Dengan SSPN-i Plus korang layak untuk insentif:
– RM 6,000 (maksima) untuk “Tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional”
– RM 6,000 (maksima) untuk caruman takaful di bawah “Insurans Nyawa dan KWSP”

2- Khairat Kematian

Sehingga RM18,000.00 diperuntukkan untuk khairat kematian yang meliputi pendeposit atau ahli keluarga terdekat.

Untuk makluman korang, khairat kematian ni akan melindungi
– pendeposit
– pasangan
– dan termasuk sehingga 3 orang anak.

3- Elaun Masuk Hospital
 

Korang akan layak menerima RM20 hingga RM200 elaun harian hospital berdasarkan pelan yang diambil sekiranya terpaksa bermalam di hospital.

4- Simpanan yang Dijamin Kerajaan

Duit yang korang simpan tu akan digantikan semula sekiranya organisasi SSPN-i atau PTPTN ditutup, disahkan bankrap atau mengalami kerugian. Ia tak seperti skim cepat kaya yang duit korang laburkan tu lebur begitu saja.

5- Simpanan Patuh Syariah

Status halal bagi produk simpanan dan takaful SSPN-i Plus dah dapat pengesahan syariah dari Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

6- Layak Memohon Pinjaman PTPTN

Pihak PTPTN telah menetapkan syarat pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan pinjaman pendidikan.

7- Boleh Buat Potongan Gaji

Kemudahan buat potongan gaji setiap bulan terus ke akaun SSPN-i Plus dapat bantu disiplinkan diri dan menjamin masa depan anak korang.

Tak dinafikan, kadang kala korang mungkin terlupa dengan komitmen sedia ada sekarang ni. Jadi dengan adanya potongan gaji ini, ia dapat bantu pelan pendidikan anak korang terus berjalan lancar seperti biasa

8- Serendah RM30 Sebulan

Tak boleh simpan banyak, simpan sikit pon kira ok lah dari takda apa-apa kan? Jadi dengan RM30 sebulan, korang pun boleh dapat banyak manfaat lain seperti

-Manfaat kematian akibat kemalangan – RM40,000
-Manfaat kematian selain kemalangan – RM20,000
-Manfaat 36 penyakit kritikal – RM10,000
-Elaun kemasukan ke hospital – RM20 sehari
-Khairat kematian – RM2,500

9- Geran Sepadan

Keistimewaan lain yang korang akan dapat sekiranya menyimpan dengan SSPN-i ini adalah Geran Sepadan hingga RM 10,000 bagi satu keluarga yang layak.

Pendeposit yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,000 ke bawah layak dipertimbangkan untuk pemberian Geran Sepadan bagi penerima manfaat (anak-anak) yang berjaya melanjutkan pengajian Universiti.

Tapi ada juga yang tanya bukan ke ada tawaran istimewa untuk Pelajar Tahun 1 pada 2017 ini?

Semestinya ada, sebab masa pembentangan Bajet 2017, YAB Perdana Menteri kita ada mengumumkan pemberian insentif Geran Sepadan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan yang terkumpul sebanyak RM 50 dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Apa yang mereka beri adalah insentif kepada semua pelajar tahun 1 yang mendaftar layak menerima insentif RM50 dalam bentuk simpanan SECARA PERCUMA!

10- Cabutan WOW!

Setiap tahun, PTPTN berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan baru termasuk pelanggan setia mereka.

Pejam celik sekejap je dah genap 20 tahun PTPTN menyumbang kepada masyarakat. Jadi sempena sambutan 20 Tahun PTPTN ini, mereka telah melancarkan Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN.

Yang bestnya, lebih RM500,000 hadiah untuk dimenangi tau! Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cepat-cepat kita bagi tahu pada Ibu-Ayah, sedara-mara dan kawan-kawan supaya mendaftar simpanan di SSPN-i. Ibu bapa yang ada anak tahun 1 juga layak memenangi RM10,000 melalui cabutan bulanan pada setiap bulan.

Banyak betul keistimewaan yang korang boleh dapat dengan SSPN-i/ SSPN-i Plus ini, jadi rebutlah peluang yang sedia ada dan jangan tangguh lagi untuk menabung demi masa depan pendidikan anak-anak kita.

Seperti kata pepatah”sediakan payung sebelum hujan” Buka akaun korang hari ini di www.lovesspn.com

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *